Teko Formula 1 cuma ada 40 buah dalam dunia!

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bukan mainan, ini merupakan teko teh edisi terhad yang telah dikeluarkan oleh Renault. Teko kuning "Yellow Teapot" ini dihasilkan bersempena ulangtahun ke 40 penyertaan Renault dalam perlumbaan F1 sejak dari tahun 1977.

 

Kenapa mesti teko berwarna kuning?

 

Kisahnya bermula apabila Ken Tyrell sering memanggil jentera Renault RS 01 sebagai “Yellow Teapot” sebaik sahaja jentera itu melepasi garajnya. Semenjak itu gelaran “yellow teapot” ini popular dikalangan pasukan lain dalam perlumbaan Grand Prix.

 

Rekabentuk  teko ini pula bukan sembarangan! Ia mengingatkan kita pada bentuk jentera F1 Renault RS01 dan RS17. Corong teko ini kelihatan seperti hidung jentera F1 manakala bahagian atas pula menyerupai kokpit. Malah teko ini juga diwarnakan dengan cat rasmi yang digunakan pada jentera lumba.

 

Teko kuning ini dihasilkan hanya sebanyak 40 unit. Harga yang ditawarkan adalah 145$ (RM 624). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…
Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…