Dalam salah satu perjanjian yang ditandatangi hari ini di Institut Penyelidikan Geely (GRI), sebuah syarikat baharu yang dinamakan GV Technology (Ningbo) Company Limited akan membenarkan teknologi-teknologi kenderaan seperti platform (vehicle architectures) dan teknologi enjin/transmisi (powertrain) dikongsi oleh semua syarikat-syarikat automotif di bawah Geely Holdings.
GV Technology dimiliki bersama oleh Volvo Cars (50 peratus) dan Geely Holding dan akan beribu-pejabat di China dengan cawangan di Gothernburg, Sweden.
Pengerusi GV Technology, Lars Danielson yang turut pernah menjadi CEO untuk Volvo Asia Pasifik berkata bahawa teknologi yang dihasilkan oleh GV Technology akan digunakan oleh kesemua syarikat kenderaan di bawah lembayung Geely dan tidak menolak kemungkinan ia boleh digunakan untuk produk-produk terbaharu Proton.
Ini bermakna Proton berada di posisi yang tepat untuk menghasilkan produk-produk berkualiti bagi pasaran negara dan juga Asia Pasifik dan lain-lain negara di mana Proton sudah pun bertapak.
Ia juga membantu Proton dari segi mendapat teknologi terkini agar ia lebih kompetitif.
Volvo dan Geely sudahpun membuktikan bahawa teknologi itu boleh dikongsi dengan terhasilnya jenama Lynk & Co yang bakal mula memasuki pasaran China pada November ini.