Subaru pagi tadi melancarkan teknologi bantuan pemandu EyeSight mereka di Pameran Kenderaan Singapura di Suntec City.
Pelancaran tersebut secara amnya akan melihat model-model Subaru bakal dilengkapi dengan teknologi bantuan pemandu yang meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan kenderaan mereka.
EyeSight ialah sistem bantuan pemandu yang menggunakan sepasang kamera stereo yang diletakkan di bahagian atas cermin hadapan, di kiri dan kanan cermin pandang belakang.
Teknologi EyeSight menjadikan model-model Subaru itu menerima pengaugerahan paling tinggi oleh Institut Keselamatan Lebuhraya US (IIHS).
Enam fungsi utama EyeSight ialah:
2. Adaptive Cruise Control ialah ciri yang lebih canggih dari cruise control biasa. Ia membolehkan Subaru dengan EyeSight mengikut kenderaan di hadapan dalam jarak yang ditetapkan. Ini bermakna jika kenderaan yang diikuti memecut, Subaru itu juga akan memecut dan jika ia memperlahankan kenderaannya, Subaru anda juga akan turut perlahan.
3. Pre-Collision Throttle Management ialah untuk mereka yang jarang memandu kenderaan bertranmisi automatik atau yang sentiasa bertukar-tukar kenderaan. Apa yang berlaku ialah jika pemandu tersilap masuk ke gear D dan bukan R, sistem EyeSight mengesan objek di hadapan dan akan memberikan amaran bunyi dan lampu serta menghentikan aliran tenaga dari enjin ke roda untuk menghalang kenderaan dari melanggar objek di hadapan.
4. Lane Departure Warning ialah bila anda memandu pada kelajuan 50 kmsj atau lebih dan anda bergerak ke tepi lorong anda tanpa memberi sebarang isyarat, sistem EyeSight akan memberikan amaran. Ini sangat sesuai dipasang pada kenderaan ricer-boy yang kuat mencilok.
5. Lane Sway Warning pula ialah membantu anda "berjaga" dan sentiasa di dalam keadaan cergas kerana ia akan menghasilkan amaran lampu dan bunyi jika sistem komputer merasakan anda memandu dengan lagak terhuyung-hayang umpama pemandu mabuk atau mengantuk. Ia berfungsi hanya pada kelakuan 60 kmsj atau ke atas.
Seperti mana-mana sistem yang menggunakan kamera sebagai alat pengesan, Subaru tidak mencadangkan pemandu untuk bergantung 100 peratus kepada sistem EyeSight.
Fungsi Pre-Collision Braking juga mungkin tidak boleh beroperasi jika faktor-faktor seperti kelajuan kedua-dua kenderaan terlalu berlainan (kenderaan hadapan berhenti mengecut contohnya atau memecut selaju roket), kenderaan di hadapan mempunyai bentuk yang berbeza atau terlalu tinggi atau terlalu rendah dan pelbagai lagi faktor di luar jangkaan.
Ia membantu, dan pemanduan yang selamat tetap bergantung kepada pemandu itu sendiri. Apa pun, jaring keselamatan akan meningkat dengan wujudnya sistem EyeSight Subaru ini.
Tahniah Subaru!