Teknologi Bosch kesan basikal walau dalam kabus

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bosch telah menghasilkan aplikasi dan perkakasan untuk sistem brek autonomi kenderaan yang mampu mengesan basikal yang sedang bergerak walaupun di dalam keadaan kabus tebal.

Syarikat komponen Jerman itu telah mengadakan demonstrasi tersebut di Jerman bulan lalu dan ia membuktikan bahawa kereta itu mampu berhenti sendiri dari kelajuan 40 kmsj bila ia mengesan kehadiran basikal yang melintas di hadapannya.

Sistem iBooster ini mempunyai tindakbalas aktif secepat 160 milisaat dan radar yang digunakan mampu beroperasi di dalam keadaan kabus tebal.

 Bosch 1

 

Ini sangat berguna untuk negara-negara Eropah dan di China di mana semakin ramai rakyat mereka menggunakan basikal untuk ke sana dan ke mari kerana harga bahan api yang terlalu tinggi dan kerana sikap mereka yang mahu menyelamatkan alam sekitar.

Di Jerman, satu perempat dari kecederaan persendirian ialah berkatian dengan basikal dan dua pertiga dari jumlah itu membabitkan kemalangan basikal dengan kenderaan. Kerana itu, Bosch memberi lebih tumpuan kepada basikal.

Bosch 2

 

Selain dari sistem itu, Bosch juga mempunyai radar yang boleh mengesan penunggang basikal yang datang dari sisi belakang. Ini memastikan agar pemandu tidak membuka pintu kenderaan mereka dan basikal menghentam pintu itu dari belakang.

Kelakar tetapi di negara yang banyak basikal, kemalangan itu sering terjadi dan mengakibatkan kecederaan serius kepada penunggang basikal.

Sistem-sistem ini sebenarnya ada kaitan dengan negara kita kerana sistem permataan Asean-NCAP yang baharu menitik-beratkan sistem keselamatan yang mampu mengesan kehadiran motosikal kecil di sekeliling kenderaan.

Bosch 3

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…