Tekno Careta: Apa gunanya quickshifter?

oleh Careta.my|
quickshifter
quickshifter
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Quickshifter: Pengalih-tangkas gear Salah satu aksesori popular yang dipasang pelumba bagi peningkatan yang berkesan adalah pengalih-tangkas gear atau 'quickshifter; motosikal. Peralihan gear hanya mampu dilakukan ketika bebanan terhadap gear diringankan atau diturunkan, seperti ketika anda memulas turun pendikit.  Apabila menunggang dengan kelajuan maksima di jalan lurus, untuk menukar gear ramai pelumba akan menutup pendikit sedikit, menarik cekam atau klac, megalih atau memasukkan gear, melepaskan klac dan kemudian memulas pendikit semula. Semuanya dilakukan dengan cepat, tetapi ia mengambil sedikit masa dan usaha. quickshifter aracer Anda juga mungkin boleh mengguna-pakai kaedah mengalih gear ke atas tanpa menggunakan klac, yang tidak memerlukan penggunaan tuil klac sama sekali. Apa yang sebenarnya diperlukan ialah pemulasan turun pendikit seketika supaya anda dapat menyelinap memasuk gear yang lebih tinggi.  Walau bagaimanapun, masih terdapat kemungkinan kesilapan pergerakan yang akan melambatkan atau menggagalkan peralihan gear anda. Dengan quickshifter, anda tidak perlu untuk menyentuh klac atau pendikit. Anda hanya perlu meninjak tuil gear kaki ke atas(atau ke bawah jika anda menggunakan corak peralihan gear perlumbaan) dan quickshifter akan mengendalikan segala-galanya untuk anda. Apabila sensor quickshifter mengesan anda menyongket tuil gear untuk mengalihkan gear, sistem  akan mengurangkan beban pada gear pacuan seketika dengan memintas pencucuhan, atau menghentikan suapan bahan api ke enjin. quickshifter IMG_4856 Ini sudah cukup untuk menghentikan kuasa enjin pada kotak gear, bagi membolehkan gear yang lebih tinggi menggelincir masuk tanpa apa-apa kerosakan. Ia juga membolehkan anda mengekalkan kedudukan pendikit sewaktu menaikkan gear. Ia memberi kesan yang sama seperti memulas turun pendikit, kecuali ia nya lebih cepat dan lebih cekap. Ia mengesan usaha anda menukar gear dengan penggunaan beberapa jenis sensor, yang seringnya duduk sejajar dengan rod peralihan gear motosikal anda.