Tech3 akan bercerai dari Yamaha

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Team Monster Yamaha Tech3 semalam mengumumkan bermula 2019, Tech3 tidak akan lagi menjadi pasukan satelit Yamaha.

Sejarah pasukan itu bermula hampir 20 tahun lalu bila Shinya Nakano dan Olivier Jacque menunggang jentera Yamaha Tech3 dalam kelas 250cc sebelum dinaiktaraf ke kelas MotoGP dalam tahun 2001.

Tech3 dikatakan menjadi pasukan satelit yang setia untuk Yamaha, sehinggakan sanggup memberikan ruang untuk penunggang dari Yamaha seperti Ben Spies, Colin Edwards dan Pol Espargaro tetapi sudah terbit bibit bibit negatif sejak beberapa bulan lepas.

Tech3 nampaknya sudah menerima lamaran dari pasukan lain dan ini memudahkan lagi penceraian itu.

Persoalannya, siapakan akan menjadi penaja motosikal untuk Tech3? Hanya ada dua pasukan yang pernah menyuarakan hasrat untuk mempunyai satu pasukan satelit, KTM dan Modenas.

Maaf, silap. Suzuki.

Kita saksikan nanti dan ini satu berita yang penting kerana turut membabitkan masa hadapan wira negara, Hafizh Syahrin.