Teaser kedua yang dimuatnaik pada hari ini memberikan fokus kepada Proton Persona, di mana anda boleh melihat rekaan gril serba baharu dengan logo Proton berbentuk bulat, diikuti dengan kemasan upholsteri kulit tan brown berliang pada bahagian dalaman.
Fokus turut ditumpukan kepada sistem infotainmen jenis terapung, di mana ia menyokong kata sapaan Hi Proton, serta kini menyokong arahan untuk mengawal tingkap dan juga sistem pendingin hawa.
Apa yang baharu pada Proton Persona kali ini adalah kawalan pendingin hawa digital bagi menggantikan tiga tombol manual yang terdapat pada model terdahulu.
Berdasarkan teaser pertama, Proton Persona bakal mendapat rim baharu bersaiz 16 inci, sementara ruang kabin pula mendapat kemasan kulit diikuti dengan konsol tengah yang jauh lebih moden, dan menempatkan tempat perehat lengan yang sebelum ini tiada.
Kedua-dua Iriz dan Persona turut mendapat rekaan bampar baharu, serta unit lampu dengan teknologi LED.
Sementara Iriz pula kini menampilkan rekaan ala-ala crossover dengan pemasangan cladding plastik berwarna hitam termasuk pada arka roda, pemasangan rel bumbung, serta rekaan rim serba baharu.
Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan minat di laman web INI.