Team Spoon kembali berlumba dalam Super Taikyu Series, guna jentera Civic Type R FL5

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya dalam tempoh tujuh tahun, syarikat penala terkenal untuk kenderaan jenama Honda, Spoon akan menyertai semula acara perlumbaan Super Taikyu Series.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasukan yang dikenali dengan nama Team Spoon itu akan berlumba menggunakan jentera Honda Civic Type R FL5 di dalam kelas ST2.

Tugas mengendalikan jentera FL5 di dalam litar diserahkan kepada dua pelumba utama, iaitu veteran Eiji Yamada dan Piston Nishizawa, sementara pemandu latihan Honda Formula Dream Project (HFDP) - Shun Koide dan Yusuke Mitsui - akan menjadi pelumba gantian.

 


Team Spoon mula menyertai perlumbaan N1 Endurance Series pada tahun 1992 sebelum perlumbaan tersebut dikenali dengan nama Super Taikyu Series dengan menampilkan pelbagai jenis jentera lumba termasuklah Civic, Fit dan juga S2000.

Selain daripada Super Taikyu Series, Team Spoon juga akan menyertai Fuji 24 Hour Race dengan menggandingkan pelumba berpengalaman Taketoshi Matsui dan Yasunori Nakajima.

Ujian rasmi Super Taikyu Series dijadualkan berlangsung pada 31 Mac ini di Sportsland Sugo, salah satu fasiliti sukan permotoran terbesar di Jepun.

Video pandu uji Honda Civic Type R boleh ditonton pada pautan dibawah:

 

Sumber: Car Watch

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala Jepun itu bakal mempamerkan dua buah Civic FL5 dengan hasil modifikasi terbaharunya…
Pelancaran
Difahamkan, hanya 19 unit sahaja Honda Civic Type R yang akan dibawa untuk tahun ini, dan pelanggan…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…