Team FD Putih Malaysia anjur Fun Drive

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda Civic model FD memang mempunyai ramai peminat, terutama di kalangan pemuda-pemuda Melayu.

Setiap minggu akan ada pembaca Careta bertanya mengenai Civic ini kerana mahu membeli unit terpakai dan jawapan kami tetap sama - Honda mempunyai banyak barangan aftermarket dan sangat mudah untuk dimodifikasikan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia juga masih mempunyai rekabentuk yang segar dan tidak membosankan.

Untuk mereka yang memiliki Honda Civic FD berwarna putih, ini adalah peluang anda untuk bersama dengan rakan-rakan dengan model dan warna yang sama.

Kelab Team FD Putih Malaysia telah mula menganjurkan program Fun Drive sejak Disember 2017 dan mereka bakal mengadakan Family Day mereka pada bulan Oktober tahun ini.

Tujuan utama fun-drive anjuran Team FD Putih ialah untuk mengeratkan ikatan persahabatan dengan semua pemilik Civic FD berwarna putih di seluruh negara.

Lebih dari 250 orang ahli telah bertemu pada acara terakhir mereka di Indera Sempurna Resort, Kuantan bulan Mei lalu.

Mereka datang dari segenap pelusuk Semenanjung Malaysia dan acara dua hari itu membabitkan aktiviti seperti BBQ, autoshow, konvoi, karaoke dan sebagainya.

Hubungi mereka melalui Facebook (TEAM FD PUTIH) atau di Instagram Team FD Putih Malaysia Official.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Domestik
Namun, tindakan sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab ketika berada di lokasi tersebut…
Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…