Tawaran hebat Victory - dari serendah RM58k!

oleh HEZERI SAMSURI|

Victory kini menawarkan tawaran-tawaran hebat untuk pelbagai model mereka sempena pesta jualan merdeka di Naza World.

Dari senarai yang kami lihat, Victory Vegas 8-Ball kini dijual pada harga serendah RM58,000 (termasuk GST, tanpa insurans dan kos pendaftaran). Sebelum ini, harga jualannya menghampiri RM90,000.

Ada banyak lagi model-model dari Victory dan Indian Motorcycle yang dijual dengan diskaun yang menarik dan mampu membuatkan anda "terjebak".

Selain dari harga yang rendah, ada pelbagai tawaran lain seperti:

  • Waranti dua tahun tanpa had perbatuan untuk semua Indian Motorcycle dan Victory baharu
  • Servis percuma untuk lima kali (termasuk minyak enjin, penapis minyak dan upah) yang berharga RM2,500 (1,000km, 8,000km, 16,000km, 24,000km dan 32,000km)
  • Baucar pembelian bernilai RM3,000 untuk Indian Motorcycle dan RM2,000 untuk Victory
  • Kadar faedah pinjam serendah 3.65 peratus.

Anda perlu ke Pesta Jualan Merdeka oleh Naza World di Petaling Jaya yang bermula dari 10 sehingga 13 Ogos ini. 

Dewan pameran dibuka dari jam 10.00 am ke 7.00 pm.


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Selama 25 tahun itu, Ducati telah menjual lebih dari suku juta unit Monster dan berjaya…
Berita Domestik
Harley-Davidson telah mengumumkan pagi tadi bahawa ia sedang mencari pengedar baharu untuk jenama…
Telah Diuji
Sebut sahaja jenama Korea, akan muncul haters-haters (pembenci) dengan alasan-alasan lapuk kenapa…