TAS Kuala Lumpur 2023 - Lebih 91,000 pengunjung memeriahkan acara sulung TAS KL 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Penganjuran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 yang diadakan buat pertama kalinya di Malaysia pada 9 hingga 11 Jun lepas menyaksikan sejumlah 91,000 peminat kereta modifikasi dari seluruh negara dan luar negara memeriahkana acara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara sulung TAS Kuala Lumpur edisi pertama itu telah menampilkan penala-penala (tuner) terkenal Jepun seperti Top Secret, Spoon, HKS dan Greddy bagi memeriahkan acara yang diadakan buat pertama kali di Malaysia.

 

2

 

Sudah pastinya pelbagai jentera dan binaan dari Jepun itu dapat menarik beribu peminat sama ada dari dalam Malaysia atau luar negara untuk menyaksikan dan merasai pengalaman bagaimana acara tersebut diadakan di Tokyo, Jepun.

Kejayaan acara itu dimanfaatkan dengan 3 ruang pameran seluas seluas 130,000 kaki persegi bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

 

3

 

Dianjurkan selama tiga hari, acara sulung itu berjaya mencatatkan 91,000 jumlah pengunjung keseluruhan, dimana hari pertama (9 Jun) seramai 18,000 pengunjung, hari kedua (10 Jun) seramai 33,000 pengunjung, dan hari ketiga (11 Jun) seramai 40,000 pengunjung.

Sebelum ini Tokyo Auto Salon dirancang untuk diadakan dua tahun sekali di Malaysia, namun menurut sumber yang diterima, berdasarkan sambutan dan maklum balas positif yang diterima acara tersebut dirancang untuk diadakan setahun sekali.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri…
Berita Domestik
Selain barisan binaan terkenal dari penala Jepun, TAS Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan itu…
Berita Domestik
Antara yang sah dan bakal menarik tumpuan peminat JDM di Malaysia pada Tokyo Auto Salon Kuala…