TAS 2024: Hyundai siar video acah Ioniq 5 NPX1, sarat gentian karbon!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai bakal membuat kejutan dengan memperlihatkan sebuah Ioniq 5 yang lebih ganas pada acara Tokyo Auto Salon yang akan berlangsung pada 12 Januari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Digelar sebagai Ioniq 5 NPX1, jentera baharu itu menampilkan beberapa perubahan di bahagian luar, seperti contoh penambahan arka roda yang lebar, bampar depan berserta splitter aerodinamik, diikuti dengan diffuser dan sayap belakang yang besar.
 

NPX1


Selain itu, Ioniq 5 NPX1 juga dilengkapi dengan tayar Pirelli, angkup brek berwarna Performance Blue, diikuti dengan beberapa komponen yang diperbuat daripada bahan gentian karbon.

Menurut Hyundai, Ioniq 5 NPX1 ini dikatakan 200 hingga 250 kg lebih ringan berbanding model standard, terima kasih kepada penggunaan bahan seperti polikarbonat ringan untuk cermin tingkap sisi dan belakang.
 

NPX1


Bertepatan dengan tema prestasi tinggi, Hyundai turut menaik taraf komponen seperti sistem suspensi boleh laras dan sistem brek yang lebih berkuasa.

Seperti yang disebutkan di atas, Hyundai Ioniq 5 NPX1 akan muncul secara rasmi pada 12 Januari ini jam 21:30 ET (10.30 malam waktu Malaysia).
 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…
Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…