Tan Chong Motor intai peluang bangunkan fasiliti automotif bernilai RM600 juta di Sabah

oleh Mohamad Hanif|
Tan Chong Motor Holdings Bhd kini mengintai peluang untuk melabur sejumlah RM600 juta bagi membangunkan kilang pemasangan kenderaan di Malaysia Timur.
Kawasaki Legend Reborn

Menurut Ketua Pengarah Kewangan, Daniel Ho berkata, pihaknya kini sedang meneliti kawasan seluas 100 ekar di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), kawasan perindustrian utama di Sepanggar. 

"Dengan pelan pembangunan di kawasan tersebut, Tan Chong Motor mensasarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan (kami) sedang menjalankan rundingan dengan kerajaan Sabah untuk itu," tambah beliau. 

Menurut beliau lagi, lokasi tersebut dipilih oleh kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan sempadan kawasan membangun di Indonesia dan Filipina selain meneroka peluang eksport ke pasaran luar negara. 

Selain daripada kenderaan penumpang, Tan Chong Motor juga dijangka akan memasang kenderaan komersil seperti bas, trak pikap, termasuklah kenderaan pacuan empat roda. 
 


Bagi memastikan mereka mempunyai tenaga pakar yang mencukupi, Tan Chong Motor telah membangunkan sebuah pusat latihan kemahiran di Sandakan bagi memenuhi keperluan dan melengkapkan tenaga kerja untuk berkhidmat di fasiliti baharu kelak. 

Penasihat kanan kumpulan Tan Chong, Saharudin Muhamad Toha turut mengusulkan untuk membangunkan fasiliti pembaharuan tenaga melibatkan sisa pepejal terletak di Telipok, berhampiran KKIP. 

Projek yang masih dalam perbincangan, menurut beliau, mampu menukarkan sisa pepejal yang terkumpul untuk dijadikan tenaga hijau yang mampu menjana aktiviti di Sabah. 

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jaujan Sambakong, pihak kerajaan negeri sedang mempertimbangkan pelan perancangan yang dibawakan oleh Tan Chong Motor, selain mengalu-alukan usaha mereka bagi memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dan menarik masuk pihak luar untuk melabur di Sabah. 


 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Grab, perkhidmatan e-hailing yang berasal dari Malaysia dan kini popular di seluruh Asia Tenggara…
Berita Global
Nampaknya Nissan memang mahu menggunakan konsep Nismo kepada model-model mereka yang tidak disangka…