Taman tema Ducati World bakal dibuka di Itali pada 2019

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ferrari mempunyai taman tema di Abu Dhabi yang pertama di dunia dan ia berjaya menjadi tarikan utama pelancong. Di situ juga terdapat roller coaster terpantas di dunia yang dikenali sebagai Formula Rossa. 

Memang hebat sebab belum pernah kedengaran lagi Lamborghini World atau Bugatti World. Tetapi ianya akan berubah apabila Ferrari World bakal mempunyai saingan baharu.

Menariknya bukan datang dari pengeluar kenderaan empat roda tetapi dari pengeluar dua roda.

Pada tahun 2019, Ducati World akan dibuka kepada orang ramai apabila Ducati Motor Holding dan Parques Reunidos, salah satu pengendali taman rekreasi terkemuka di dunia, telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan Ducati World di Mirabilandia.

Mirabilandia adalah taman tema kedua terbesar di Itali serta taman kedua yang paling banyak dikunjungi di Port Parques Reunidos.

Pengunjung Mirabilandia akan dapat menikmati pengalaman Ducati yang eksklusif dan inovatif ini. Projek ini akan dibina di kawasan seluas kira-kira 35,000 meter persegi dan dijangka dibuka kepada orang ramai pada tahun 2019.

Seperti Ferrari World, ini adalah projek pertama seumpamanya untuk sebuah pengeluar motosikal. Taman tema ini dibina untuk menarik perhatian peminat motosikal dari Itali dan dari luar negara bagi merasai pelbagai tarikan dalam pengalaman sebenar motosikal.

 

 

Di antara tarikan di Ducati World ialah roller coaster, simulator, permainan khusus untuk kanak-kanak, restoran dan kedai barangan rasmi. Turut dirancang ialah bilik pameran Ducati di mana pengunjung dapat melihat model-model ikonik pengeluar Itali itu. 

Mirabilandia terletak di Emilia-Romagna berhampiran Ravenna dan berada di tengah-tengah Motor Valley yang salah satu hab pelancongan utama di Itali.

Taman teman ini juga terletak di lokasi yang dengan persekitaran semulajadi telah menerima pengiktirafan dari Kementerian Alam Sekitar Itali.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Untuk makluman, tahun ini merupakan tahun terakhir Ducati menggunakan jentera Panigale R dengan…
Berita Global
Selama 25 tahun itu, Ducati telah menjual lebih dari suku juta unit Monster dan berjaya…
Pelancaran Motosikal
Ducati SuperSport dikuasakan oleh enjin Testastretta 11-dua silinder 937cc. Jentera ini mampu…