Takaful myClick Motor FlexiSaver, untuk pemilik banyak kereta atau kurang memandu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Takaful myClick Motor FlexiSaver
Takaful myClick Motor FlexiSaver
Industri kereta nasional, sejumlah pengeluar antarabangsa, aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang yang sentiasa padat cukup untuk disimpulkan rakyat Malaysia sukakan kereta.

Satu lagi perkara yang mengisi minat tersebut ialah kegemaran mengumpul kereta.

Ada kereta untuk rutin harian seperti ke pejabat, kereta untuk berjalan jauh dan kereta untuk hujung minggu.

Ada juga kereta yang dibeli semata-mata sebab minat dan impian yang lama terpendam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Takaful Malaysia

Bila dah banyak kereta, cukai jalan perlu dibayar setiap tahun! Suka atau tidak, kos pemilikan dan perlindungan yang ditanggung juga tinggi.

Pilihan yang ada ialah beli sahaja perlindungan pihak ketiga (third party).

Walaupun murah, perlindungan itu tidak semestinya yang terbaik kerana tidak memberikan perlindungan komprehensif.

Jadi, apa pilihan yang ada?

 

Takaful Malaysia

 

Takaful Malaysia (sebahagian besar saham dimiliki Tabung Haji, KWSP dan KWAP) menawarkan satu pelan perlindungan yang inovatif iaitu Takaful myClick Motor FlexiSaver.

Pelan ini lebih baik daripada perlindungan pihak ketiga kerana menawarkan skim Pay As You Drive (PAYD). Maknanya, nak pandu baru tambah sumbangan!

Supaya lebih mudah difahami, berikut ringkasan Takaful myClick Motor FlexiSaver:

 

Takaful myClick Motor FlexiSaver

 

Pelan takaful kenderaan persendirian (private Motor Takaful) yang menyediakan perlindungan untuk perkara berikut:

  • Kehilangan atau kerosakan kenderaan pemegang sijil akibat kebakaran dan kecurian
  • Kecederaan, kematian dan kerosakan harta pihak ketiga
  • Bantuan tepi jalan 24 jam, khidmat tunda dan pembaikan tepi jalan bagi kerosakan kecil, (tertakluk kepada syarat)

Berdasarkan ciri-ciri di atas, adakah pelan ini tidak memberi perlindungan seperti pelan komprehensif atau first party?

Di situ terletak inovasi Takaful myClick Motor FlexiSaver kerana bila nak pandu kereta baru tambah perlindungan PAYD (Pengaktifan dibuat sebelum kereta digunakan).

Tak pandu tak perlu buat sumbangan PAYD.

Berikut senario untuk pengguna Takaful myClick Motor FlexiSaver:

 

Takaful myClick Motor FlexiSaver

 

  • Encik Hanif memiliki sebuah kereta jenama Careta Dbest yang diminati sejak sekolah menengah
  • Careta Dbest itu jarang dipandu dan kebanyakan masa disimpan di dalam garaj
  • Sempena cuti umum, rakan beliau mengajak ke Cameron Highlands untuk menghirup secawan teh
  • Memandangkan Careta Dbest sudah disimpan selama sebulan dan beliau rindu untuk memandu, Encik Hanif mengaktifkan Pay As You Drive (PAYD)
  • Pengaktifan PAYD dan tempoh perlindungan dibuat sebelum Encik Hanif keluar dan tidak perlu ke pejabat pos atau lain-lain destinasi fizikal
  • Pengaktifan dibuat menggunakan aplikasi telefon pintar Click for Cover Takaful Malaysia yang boleh dimuat turun dari Google Play atau Apps Store
  • Selepas PAYD diaktifkan, Encik Hanif turut menikmati perlindungan kemalangan peribadi bernilai RM15,000 dan khidmat tunda kemalangan secara percuma (tertakluk kepada syarat)

Senario di atas juga terpakai sekiranya Encik Hanif mempunyai kenderaan pelbagai guna (MPV) dan hanya digunakan semasa cuti perayaan.

 

Takaful Malaysia

 

Secara ringkas, Takaful myClick Motor FlexiSaver terdiri daripada dua pakej iaitu pelan asas yang dipanggil Base FlexiCover dan pelan tambahan Pay As You Drive atau PAYD.

Berapa kadar PAYD? Mahal tak?

Berdasarkan nilai anggaran perlindungan RM225,000* untuk sebuah kereta 2,000 cc, sumbangan PAYD untuk sehari hanya berjumlah RM10.63!

Untuk layak memohon pelan ini, sesebuah kereta persendirian perlu berusia kurang daripada 11 tahun dengan nilai pasaran di antara RM70,000 hingga RM1,500,000.

Selain itu, tempoh pendaftaran FlexiSaver perlu dibuat 24 jam sebelum penggunaan.

Berikut struktur sumbangan* yang dirujuk dari laman web Takaful Malaysia:

  • Sumbangan dasar: RM1664.00
  • Kelayakan NCD 55%: RM915.20
  • Sumbangan dasar selepas NCD 55%: RM748.80
  • Sumbangan tambahan Motor PA Plus: RM20.00
  • Jumlah keseluruhan: RM768.80
  • Rebat 10%: RM76.88
  • Jumlah selepas rebat: RM691.92
  • Cukai perkhidmatan 6%: RM41.52
  • Duti setem: RM10.00
  • Jumlah sumbangan: RM743.44 (Base FlexiCover)
  • PAYD: RM10.63 (sehari), RM21.26 (dua hari)
Takaful myClick Motor FlexiSaver

Sebagai pengendali takaful, Takaful Malaysia jujur mengatakan kadar sumbangan Takaful myClick Motor FlexiSaver dan PAYD lebih daripada 150 hari akan menjadi lebih tinggi berbanding pelan komprehensif (first party).

Disebabkan itu, pelan ini direka khusus untuk pemilik kereta seperti Encik Hanif yang mempunyai banyak kereta dan jarang memandu.

 

Takaful myClick Motor FlexiSaver

 

Berikut pula anggaran perbandingan* sumbangan di antara Takaful myClick Motor FlexiSaver dan Takaful myClick Motor (komprehensif):

Toyota Camry

  • Takaful myClick Motor FlexiSaver (tanpa PAYD): RM541.00
  • Takaful myClick Motor (Komprehensif): RM1,804.00

BMW X1

  • Takaful myClick Motor FlexiSaver (tanpa PAYD): RM588.00
  • Takaful myClick Motor (Komprehensif): RM1,959.00

Mercedes Benz C200 

  • Takaful myClick Motor FlexiSaver (tanpa PAYD): RM697.00
  • Takaful myClick Motor (Komprehensif): RM2,324.00

Jimat jika tidak dipandu secara kerap! Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web Takaful Malaysia atau merujuk PDS yang disediakan.

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sumbangan bergantung kepada faktor risiko seperti sesaran kenderaan, jumlah perlindungan dan lain-lain. Nilai yang tepat boleh dikira menggunakan kalkulator laman web Takaful Malaysia.

 

Takaful Malaysia

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin