"Hasil siasatan, mendapati treler tersebut tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapannya berhenti mengejut lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.
"Kemalangan juga dipercayai melibatkan sebanyak 11 buah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Iqbal berkata, ujian urin didapati negatif dadah manakala hasil semakan mendapati pemandu treler terbabit tiada sebarang rekod jenayah lampau.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.
"Saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697," ujarnya.
Sinar Harian