Tahun Baharu Cina - Jumlah trafik di lebuh raya utama dijangka meningkat 2.4 juta kenderaan sehari bermula Khamis

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik di lebuh raya utama akan meningkat sebanyak 2.4 juta kenderaan sehari bermula Khamis, sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Dalam satu kenyataan hari ini, LLM memaklumkan daripada jumlah itu sebanyak 1.5 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), 199,000 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak), 106,000 di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan 61,000 di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi, agar pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang selamat dan lancar.

Menurut kenyataan LLM, antara arahan berkenaan ialah syarikat konsesi lebuh raya tidak dibenarkan melaksanakan sebarang penutupan lorong lebuh raya kecuali bagi kes atau kerja kecemasan bermula 5 Feb hingga 14 Feb 2024, mengaktifkan laluan lorong pintar di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti di Lebuhraya PLUS dan laluan tidal flow di Lebuhraya KL-Karak.

Syarikat konsesi lebuh raya turut diarahkan agar memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik, serta menambah lorong tol sementara di beberapa plaza tol yang dikenal pasti mempunyai trafik yang tinggi, menurut LLM.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pada Rabu dilaporkan mengumumkan kemudahan tol percuma selama dua hari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula pada 12.01 tengah malam 8 Februari hingga 11.59 malam 9 Februari ini.

LLM turut menyediakan beberapa garis panduan kepada pengguna lebuh raya, antaranya merancang perjalanan dengan merujuk kepada aplikasi MyPLUS-TTA, memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik, memastikan baki kad Touch n Go dan e-dompet mencukupi, serta menyarankan penunggang motosikal agar berteduh di tempat yang disediakan ketika cuaca buruk.

Untuk kemudahan pengguna lebuh raya, LLM memaklumkan Pusat Pengurusan Trafik LLM akan beroperasi selama 24 jam bermula esok hingga 13 Feb ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk memandu di lorong kanan (12 saman) dan tiada…
Berita Domestik
Menurutnya, sepanjang tempoh operasi itu juga, pihak JPJ turut menerima 3,440 kes pelbagai…
Informasi
Beliau berkata, larangan tersebut bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan…