Tahukah anda? Parkir dan undur salah satu jenis kemalangan serius untuk van

oleh Muhammad Md Tajudin|
Salah satu kebimbangan apabila memandu kenderaan besar seperti van ialah parkir dan undur. Puncanya ialah slot parkir sempit dan saiz van itu sendiri.

Tidak disangka terdapat kajian mengenai perkara ini di mana Volkswagen Commercial Vehicles mendapati parkir dan mengundur mewakili hampir satu daripada sepuluh kemalangan serius yang melibatkan van.

Data dari Jabatan Pengangkutan UK mendapati 1,350 kemalangan pada tahun 2016 yang melibatkan van komersil (berat sehingga 3.5 tan) semasa parkir dan mengundur telah mendatangkan kecederaan berat dan ringan sehingga kematian kepada pemandu, penumpang, pejalan kaki dan pengayuh basikal. 

Lebih banyak kemalangan telah berlaku akibat dua punca ini yang tidak mengancam manusia tetapi menjejaskan operasi bisnes dan pengangkutan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
VW Commercial Vehicles parking

 

Kehilangan masa akibat van yang rosak pula melibatkan kos purata GBP 550 sehari manakala kos purata yang ditanggung pula ialah GBP 1,678.

Masalah seumpama ini dapat dikurangkan dengan menggunakan teknologi seperti kamera dan sensor. Kenderaan keluaran Volkswagen Commercial Vehicles seperti Caddy, Transporter dan Crafter dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan untuk urusan yang lebih selamat.

Di antara sistem yang dilengkapi pada kenderaan VW Commercial Vehicles ialah Park Assist di mana tugas memarkir dapat dibuat secara automatik.

Untuk menggunakannya, pemandu hanya perlu menekan suis dan kemudiannya kenderaan menggunakan pelbagai sensor untuk melaras kedudukan bagi memasuki slot parkir.

Pemandu selanjutnya mengawal pedal bagi membantu untuk menggerakkan van.

 

VW Commercial Vehicles parking

 

Kelengkapan lain yang boleh dipesan ialah sensor depan dan belakang, kamera undur, Trailer Assist dan kawalan perlindungan sisi (side protection monitoring).

Sekarang ini teknologi yang disebutkan di atas biasa dilengkapi pada kenderaan atau gred premium sahaja, hakikatnya ia sangat membantu dalam urusan harian kenderaan komersil.

Selama ini juga begitu banyak desakan pengguna supaya kenderaan persendirian yang ditawarkan lebih selamat melalui pelbagai teknologi terkini.

Sudah sampai masanya fokus diberikan dengan lebih untuk kenderaan komersil supaya keselamatan awam terjamin. 

Kerajaan perlu menggalakkan atau mewajibkan pengeluar menawarkan teknologi yang baik seperti ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Berita Global
  Jetta generasi ketujuh di pasaran sekarang dilancar di Amerika Syarikat pada 2018 dan tidak…