Tahukah anda? MG4 XPOWER ini berkuasa 435PS dan tork setinggi 600Nm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
MG4 EV XPOWER 2023
MG4 EV XPOWER 2023
MG sebuah syarikat yang lama dengan sejarah boleh dijejaki dari tahun 1924. MG Motor pada hari ini dimiliki oleh SAIC dan beroperasi di banyak buah negara.

Di antaranya Thailand dengan kilang sendiri dan di Indonesia.

Tidak sekadar menjual kereta dengan enjin pembakaran dalaman, MG turut menawarkan kenderaan elektrik (EV) di dua negara tersebut.

Pengguna di sana boleh mendapatkan hatchback elektrik MG4 EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MG4 EV XPOWER 2023

 

MG4 bukan sekadar EV biasa. Terbaru MG Motor UK mengumumkan MG4 EV XPOWER adalah model produksi MG paling berkuasa pernah dihasilkan!

Varian terbaru itu menggunakan dua motor dan menghasilkan 435PS dan tork setinggi 600Nm! Daya pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 3.8 saat!

Inilah kehebatan EV, boleh digunakan untuk keperluan harian dan bertukar kepada si buas. Motor depan XPOWER menghasilkan 150kW dan belakang 170kW.

Dengan kuasa begitu tinggi, MG turut menaik taraf bahagian pengendalian. Kuasa yang tinggi tanpa kawalan baik adalah satu perkara sia-sia.

 

MG4 EV XPOWER 2023

 

MG akan menawarkan Dynamic Cornering Control System dan pertama untuk model keluarannya.

Sistem itu mempunyai penguncian pembeza elektronik (locking electronic differential) dan Kawalan Motor Pintar untuk operasi torque vectoring di antara empat roda.

Tujuannya untuk memaksimumkan cengkaman dan kestabilan dalam pelbagai keadaan pemanduan.

MG turut menaik taraf perkakasan ampaian dan 25 peratus lebih tegar berbanding MG4.

 

MG4 EV XPOWER 2023

 

Perisian pembrekan regeneratif juga diberi perhatian dan dikalibrasi semula untuk menyesuaikan pemanduan satu pedal.

Satu lagi aspek penting ialah brek dan jarak yang diperlukan untuk menghentikan MG4 XPOWER dari 100 hingga 0 km/j hanya dalam 33.9 meter.

Prestasi itu disumbang cakera brek 345 milimeter (mm) pada keempat-empat sudut dan gandingan tayar Bridgestone Turanza.

Membantu pemandu merasa nikmat pecutan ialah sistem kawalan mula (launch control) dalam misi 3.8 saat.

 

MG4 EV XPOWER 2023

 

Dengan kuasa tinggi, bahagian luar masih tipikal sebuah MG4 EV tanpa kit badan ekstrem. Cuma yang menonjol ialah angkup brek oren dan tulisan XPOWER.

Badan kereta menggunakan warna dua tona dengan pilihan warna Racing Green dan rim 18 inci baharu.

Tempahan untuk pelanggan di UK sudah dibuka dan ditawarkan daripada 36,495 pound (RM217,502).

 

MG EX4 2023

 

Selain koleksi gambar MG4 XPOWER, ada kepingan gambar dalam keadaan gelap dan itu adalah kereta konsep MG EX4 yang akan dibawa ke Goodwood Festival of Speed.

MG EX4 diinspirasi dari kereta rali Metro 6R4 yang popular pada era 80-an dan bagi meraikan ulang tahun yang ke-40.

Dari bayangan jelas terpampang bampar depan dan spoiler belakang yang ekstrem.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

MG EX4 2023