Tabung gas oksigen meletup punca tiga beranak melecur

oleh Hamimah Hamid|
DUA tabung gas oksigen meletup menjadi punca tiga beranak melecur dalam kejadian kereta terbakar di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Alor Setar tengahari semalam.

Mangsa yang cedera parah dikenal pasti sebagai Tuah Omar, 54, dan anaknya, Muhammad Firdaus Syawal Abdullah, 5 manakala isterinya ,Noor Azlina Abu Bakar, 34, cedera ringan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berdasarkan siasatan, ketiga-tiga mangsa dari Kampung Pinang, Pedu telah pergi ke lokasi kejadian untuk mengisi dua tabung gas oksigen bantuan pernafasan bagi kegunaan sendiri.

 

"Selepas mengisi gas, mangsa membawa dua tong gas terbabit ke dalam kereta untuk dibawa pulang ke kampung isterinya di Kempas, Johor.

 

"Secara tiba-tiba kedua-dua tong gas tersebut dipercayai meletup sehingga mengakibatkan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira," katanya. 

 

Semalam media melaporkan tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, Alor Setar. 

 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, kesemua mereka berusia antara lima hingga 54 tahun.

 

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira di lokasi kejadian pada jam 12.31 tengah hari.