Tabau Go guna motosikal tiga roda untuk hantar makanan!

oleh Afandi Che Muhamad|
Perkembangan teknologi dengan fungsi media sosial yang versatil telah membuka ruang baharu kepada pengguna untuk memperoleh makanan kegemaran di hujung jari.

Pemilihan medium penghantaran makanan merupakan perkara yang cukup sinonim dalam kalangan masyarakat sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Opsyen tersebut mula mendapat tempat di negara ini memandangkan kebanyakan daripada mereka sibuk dengan tugas harian selain mahukan hidangan makanan yang mudah diperoleh, cepat dan sedap.

Tidak kurang daripadanya mengeluh tidak sanggup menempuh kesesakan lalu lintas, beratur panjang dan menunggu semata-mata untuk mendapatkan makanan diingini.

Justeru, tidak menghairankan jika trend permintaan terhadap perkhidmatan itu semakin memberangsangkan akhir ini.

Mengorak langkah bagi mengatasi senario tersebut, syarikat perkhidmatan penghantaran makanan seperti TabaoGo Malaysia Sdn. Bhd. (Tabao Go) muncul dengan idea baru untuk menggunakan motosikal tiga roda dalam perniagaannya.

Untuk makluman, penyedia servis penghantaran makanan atas talian itu baru sahaja menempah lebih 100 unit motosikal tiga roda berjenama Adiva (model AD1 125/200) sekali gus menjadikannya sebagai syarikat pertama seumpamanya menggunakan khidmat trike dalam urusan perniagaan di Malaysia.

Motosikal tiga roda (trike) berbumbung yang lengkap dengan fungsi gear mengundur tersebut dianggarkan dibeli pada harga bawah RM20,000 seunit.

Inisiatif itu dilihat memberi kelebihan kepada syarikat berkenaan untuk berentap antara pesaing lain dan mencipta signatur atau kelainan tersendiri bagi menarik minat pelanggan.

Careta pasti perkembangan entiti perniagaan berkenaan sudah pun dihidu syarikat penghantaran makanan lain kerana mereka sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam hal tersebut.

Difahamkan, objektif penggunaan trike itu diambil kerana ia lebih selamat, stabil, mudah dikendalikan dan memiliki keupayaan menggalas muatan yang banyak berbanding motosikal biasa.

Penggunaan trike membantu memastikan makanan dapat dihantar kepada pelanggan dalam keadaan baik sepanjang tempoh 45 minit.

Terdahulu, perkhidmatan Tabao Go hanya terdapat di beberapa lokasi terpilih seperti Kota Damansara, Subang Jaya, Kelana Jaya, Puchong, Mont Kiara dan Melaka.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web, www.tabaogo.com., hubungi talian capaian pantas 03-6151 8333 atau WhatsApp di 011-5200 1880.

Berita Berkenaan

Informasi
Nama Lamborghini Design 90 tiba-tiba muncul semula baru-baru ini kerana ia dilaporkan menjalani…
Model Terbaharu
Perkara tersebut dijelaskan pengilang motosikal berlesen berkenaan ketika dihubungi Careta hari ini…
Tunggang Uji
  Kali ini pihak Careta berpeluang menguji jentera Yamaha MT-07 yang diwar-warkan sebagai…