T-Log - lori balak elektrik tanpa pemandu

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat dari Sweden telah menggarap sebuah konsep lori balak menggunakan kuasa elektrik dan tanpa pemandu.

Ia mampu memandu di kawasan jalan balak dan direka untuk memandu sendiri di kawasan hutan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep yang bernama T-Log dari Einride ini masih lagi dalam fasa konsep lukisan komputer mempunyai kepala yang kecil kerana tidak perlu menggunakan pemandu.

Itu akan menambahkan ruang muatan dan mengurangkan pembaziran. Einride percaya kehadiran pemandu adalah sebab kenapa lori balak menjadi mahal.

T-Log boleh dipandu secara kawalan jauh dan teknologi pemanduan sebegitu memang telah digunakan di kawasan perlombongan.

Selagi ujian tidak dilakukan di jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak, T-Log ini boleh T-Dor dahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…