SYM lancar tiga model serentak - VF3i, Jet14, dan CRUiSYM 250i

oleh Mohamad Hanif|
SYM baru-baru ini telah selesai melancarkan tiga produk terbaharu serentak bertempat di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.

Terdiri daripada sebuah kapcai dan dua buah skuter, SYM dilihat serius untuk menawan kembali pasaran yang rata-ratanya dikuasai oleh jenama handalan dari Jepun. Berikut merupakan ringkasan spesifikasi model yang dilancarkan baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SYM VF3i



 

Dengan jolokan "Viciously Fast" ini, VF3i ini dikuasakan oleh enjin SOHC empat valve 185cc silinder tunggal dan penyejukan cecair, kapcai ini merupakan yang terbesar kapasiti enjin di dalam kategorinya. Mampu menghamburkan 17.7hp pada putaran enjin 8,500 rpm, kuasa ini disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan. 

VF3i ini menawarkan tangki bahan api dengan kapasiti tujuh liter yang sesuai untuk tunggangan jarak jauh tanpa perlu berhenti kerap. 

Penggunaan lampu nyalaan siang (DRL) LED di hadapan dan belakang juga memudahkan VF3i ini dilihat pada hari cerah.


Tambah menarik apabila kapcai ini dijual pada tanda harga yang berpatutan, RM7,988 untuk model standard dan RM8,288 (tidak termasuk GST) untuk edisi khas, VF3i ditawarkan dengan pilihan warna merah, biru dan hitam matte (edisi khas).

 

SYM Jet14



 

Jet14 merupakan skuter terbaharu keluaran SYM. Dikuasakan enjin empat lejang dengan sistem penyejukan udara, enjin 125cc itu menghasilkan 10hp pada putaran enjin 8,500rpm sebelum disalurkan melalui kotak gear CVT. 

Sistem gantungan Jet14 ini menggunakan fork teleskopik di hadapan dan suspensi berkembar di belakang untuk tunggangan yang selesa.

Dari segi rekaan luaran, skuter ini didatangkan dengan penggunaan lampu berkembar bagi pencahayaan yang lebih baik. Terdapat cangkuk tersembunyi dan ruang penyimpanan yang luas untuk memuatkan sebuah topi keledar bersaiz penuh. SYM Jet14 mempunyai tangki bahan api berkapasiti 7.5 liter.



 

SYM Jet14 didatangkan dengan warna pilihan merah, biru dan putih dengan tanda harga yang berpatutan, iaitu RM6,688 (tidak termasuk GST).

 

SYM CRUiSYM 250i



 

SYM CRUiSYM ini merupakan pelengkap kepada trio terbaharu keluaran SYM, dilengkapi dengan reka luaran yang canggih dan ciri-ciri penjelajahan yang mampu mencabar pasaran skuter masa kini. 

Dengan rupa yang agresif dan sporty, penggunaan lampu LED di bahagian hadapan dan belakang menampakkan lagi rupa yang garang yang ada pada skuter ini. 

Keselesaan merupakan jaminan SYM terhadap CRUiSYM ini. Skuter ini didatangkan dengan windscreen yang boleh dilaras, dan tempat letak kaki ergonomik (sudut 40-45 darjah) yang mampu memberikan keselesaan menunggang walaupun jarak jauh. 

Terdapat ruang penyimpanan barang yang besar mampu memuatkan dua buah unit topi keledar, baju hujan serta barangan peribadi penunggang.

Ciri moden yang lain turut tidak ketinggalan seperti penggunaan soket pengecas 12V serta port USB untuk kemudahan dan keperluan masa kini. 

SYM CRUiSYM 250i ini boleh didapati dengan pilihan warna kelabu matt, merah dan putih (edisi khas), ia dijual pada tanda harga RM18,888 dan RM19,188 untuk edisi khas tidak termasuk GST. 

Tags

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
SYM Maxsym mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan nama Maxsym TL500, ia hadir dengan kapasiti…
Pelancaran Motosikal
SYM Husky 150 didatangkan dengan dua pilihan variasi, iaitu variasi Standard dan juga variasi…
Pelancaran Motosikal
Tuscany 150 tampil dengan reka bentuk gabungan antara klasik dan moden, yang pastinya sesuai dengan…