Syarikat kereta masih kaji kesan penipuan Kobe-Steel

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat-syarikat dari Jepun nampaknya mengalami masalah yang mula melunturkan kepercayaan global kepada tahap profesionalisma mereka.

Terbaharu ialah skandal Kobe Steel di mana syarikat besi berusia 112 tahun itu akhirnya mengaku ia menjual besi-besi dengan laporan ujian kualiti yang dipalsukan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengurusan Kobe Steel berkata mereka mengesan pemalsuan pada laporan-laporan piawaian industri di kilang tembaga Hattano mereka di barat daya Tokyo, dan juga kes pemalsuan data untuk proses pemotongan plet besi.

Rekod pemalsuan laporan dikesan sehingga 10 tahun lalu.

Kobe Steel ialah syarikat besi ketiga terbesar di Jepun dan ia membekalkan besi-besi kepada syarikat kenderaan dan juga tren kelajuan tinggi.

Antara syarikat kenderaan yang dibekalkan Kobe Steel termasuk Toyota, Honda, Mazda, Subaru dan Ford.

Boeing dan Mitsubishi Heavy Industries serta Hitachi Trains juga adalah antara pelanggan Kobe Steel.

Buat masa sekarang, tidak ada sebarang keraguan akan keselamatan yang dapat dikesan. Nissan berkata besi dari syarikat Kobe Steel digunakan untuk pintu dan hood sesetengah kenderaan mereka dan Nissan masih mengkaji impak yang ada.

Walaupun sistem pengangkutan diteruskan seperti biasa, syarikat kenderaan dan Kobe Steel akan terus melakukan ujian untuk mengetahui efek terdekat dan dalam masa jangka panjang kawasan ini.