Syarikat kereta bergabung promosi EV

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW, Kia, Mitsubishi, Nissan, Renault dan Volkswagen telah bergabung di London untuk membuka sebuah pusat pameran yang bukan menjual kenderaan elektrik (EV), tetapi lebih menerangkan teknologi EV kepada orang ramai.

Pusat pameran Electric Vehicle Experience Centre di Milton Keynes, utara kota London itu turut dibantu oleh Chargemaster, sebuah syarikat menjual tempat caj EV di UK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Nissan UK, pekerja di dewan pameran itu tidak mempromosikan jenama kenderaan EV tetapi lebih kepada menerangkan teknologi EV.

Namun begitu sekiranya ada yang berminat untuk membeli, kakitangan di sana akan menyampaikan informasi pelanggan kepada pengedar yang berdekatan.

Pusat pameran itu berada di dalam sebuah pusat membeli belah yang sibuk dan ia cuma mampu memuatkan empat buah EV dalam satu masa.

Keempat-empat model itu akan ditukar-tukar sementara jika ada yang mahu memandu uji, ia mempunyai sebanyak 59 model yang diletakkan berhampiran khusus untuk tujuan tersebut.

Kerajaan UK juga sebenarnya menaja sebahagian dari kos projek ini dengan membeli semua kenderaan pandu uji itu.

Ini adalah selari dengan objektif UK untuk meningkatkan penggunaan EV dan juga keputusan mereka untuk menghentikan jualan kenderaan bukan elektrik selepas tahun 2040.

* Artikel asal dari Europe Auto News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…