Syarikat Jepun bergabung, guna enjin 1,000 cc supercharged hidrogen untuk Dakar 2024!

oleh Muhammad Md Tajudin|
HySE-X1
HySE-X1
Syarikat Jepun begitu nekad dalam membangunkan teknologi hidrogen dan di antara yang menonjol ialah Toyota dan Honda.

Terbaru persatuan penyelidikan HySE (Hydrogen Small mobility & Engine technology) akan bersaing menggunakan HySE-X1 di dalam Dakar 2024.

Ahli HySE terdiri daripada Kawasaki Motors, Ltd., Suzuki Motor Corporation, Honda Motor Co., Ltd., Yamaha Motor Co., Ltd., Kawasaki Heavy Industries, Ltd., dan Toyota Motor Corporation.

HySE-X1 menggunakan enjin hidrogen dan memasuki kategori Mission 1000 yang berlangsung di Arab Saudi pada Januari 2024.

Mission 1000 merupakan program Dakar Future bagi menggalakkan pengeluar membangunkan teknologi rangkaian kuasa neutral karbon.

Sebagai contoh enjin hidrogen dan elektrik atau hibrid bahan api biologi (biofuel).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
HySE

 

HySE-X1 akan dipandu di laluan dan persekitaran yang mencabar dan memberi peluang untuk mengkaji prestasi enjin hidrogen di dalam keadaan tersebut.

Di antaranya mengenalpasti isu yang dihadapi kenderaan kecil dan mempercepatkan garis asas teknologi enjin hidrogen.

Penyertaan di dalam Rali Dakar juga dapat menonjolkan kehadiran dan inisiatif HySE dan membina rangkaian hubungan merentasi industri bagi merealisasi mobiliti kompak hidrogen.

HySE-X1 menggunakan casis syarikat kerjasama HySE iaitu Overdrive Racing dari Belgium.

Pengubahsuaian dibuat bagi memasang tangki bahan api hidrogen dan sistem pembekalan bahan api. 

Enjin kuasa hidrogen itu asalnya diguna untuk motosikal yang sedang dikaji HySE. Tidak banyak yang dikongsi berkenaan ciri teknikal kecuali spesifikasi asas.

Pengisian hidrogen dan penyelenggaran dilakukan oleh Overdrive Racing.

Spesifikasi HySE-X1:

  • Ukuran: 3,530 mm (P) × 2,070 mm (L) × 1,700 mm (T)
  • Berat: Sekitar 1,500 kg
  • Enjin: 998 cc, DOHC, empat lejang, empat silinder sebaris dengan pengecas lampau, 16 injap, sejukan cecair

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags