Syarikat Israel bangunkan sistem pengawasan 360 darjah pada motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat teknologi permulaan yang dibangunkan di Israel kini mendedahkan sebuah sistem yang mampu memberikan amaran awal kemalangan kepada para penunggang motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem yang dibangunkan oleh syarikat RideVision ini digelar CAT (Collision Aversion Technology) yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan Computer Vision yang direka khusus untuk motosikal dengan menggunakan kamera standard sebagai alat pengesan. 
 

Sistem ini akan mengenalpasti dan menganalisis sebarang kemungkinan yang bakal berlaku berdasarkan keadaan sekeliling dan akan memberikan amaran berbentuk visual dan brek secara automatik sekiranya penunggang tidak sempat berbuat apa-apa. 

CAT dijangka tidak akan menyebabkan kenaikan kos tambahan secara mendadak kepada motosikal oleh kerana secara lalainya (default) sistem CAT direka untuk menggunakan apa jua alat pengesan yang terdapat pada motosikal moden. 

Anda boleh saksikan bagaimana sistem ini berfungsi pada sebuah motosikal pada video di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Lembaga Pelabuhan Klang telah diarahkan untuk membantu syarikat logistik, pengimport, pengeksport…
Berita Global
Terima kasih kepada teknologi AI yang dimuatkan, dron yang digelar Lanius ini boleh bertindak…
Berita Global
Proses itu menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik dan bila ia mahu mengecaj sebuah EV,…