Syarikat EV NETA rasmi di Malaysia, Intro Synergy dilantik sebagai pengedar rasmi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Anak syarikat milik penuh GoAuto Group Sdn Bhd, Intro Synergy Sdn Bhd telah mengumumkan pelantikan mereka sebagai pengedar tunggal untuk EV jenama NETA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama dengan Hozon New Energy Auto Co Ltd, yang merupakan pemilik jenama NETA akan berkuat kuasa selama lima tahun.

 

2

 

Kumpulan serta rakan kongsi syarikat itu dijangka akan melabur kira-kira RM300 juta untuk membangunkan kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu, rangkaian jualan dan selepas jualan.

Bagi meraikan kerjasama itu, Intro Synergy selaku pengedar tunggal bakal memperkenalkan salah satu model EV syarikat itu, iaitu NETA V dalam masa terdekat.

 

3

 

NETA V merupakan sebuah EV kompak dalam siri barisan jenama itu yang menggunakan platform HPC, ia dilengkapi motor elektrik tunggal pada roda hadapan, dipadankan bersama pek bateri berkapasiti 38.5 kWj.

EV kompak itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 94 HP dan 150 Nm, dengan kemampuan jarak gerak sehingga 384 km, ia turut menyokong pengecasan pantas DC 100 kW.

 

4

 

Selain NETA V, syarikat itu turut menawarkan dua lagi model EV iaitu NETA S dan NETA U-II, setakat ini hanya model NETA V yang dijangka akan tiba terlebih dahulu.

Orang ramai boleh menjangkakan kemunculan eksklusif EV itu bertempat di acara Malaysia Autoshow 2023 yang akan diadakan pada 4 hingga 7 Mei, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

 

5

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Global
Kilang tersebut mempunyai kapasiti untuk memasang sebanyak 20,000 unit EV setahun dan ia akan…
Berita Global
Biarpun dalam keadaan cuaca sejuk negatif 7°C, EV yang menggunakan platform CIIC ini masih lagi…