Syafiq Kyle, Ain Edruce tak sabar beraksi di Vios Challenge musim ketiga!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sebulan menjalani latihan intensif, muka-muka baharu Vios Challenge musim ketiga iaitu Syafiq Kyle dan Ain Edruce diberikan lampu hijau untuk beraksi di perlumbaan pusingan pembukaan di Kuala Terengganu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Festival Gazoo Racing yang akan berlangsung pada 6-7 September ini bakal menyaksikan pelumba berentap di atas litar sejauh 1.65 km di Stadium Sultan Zainal Abidin. 

Para pelumba yang terdiri daripada selebriti, pelumba amatur dan pelumba professional bakal menunjukkan skil pemanduan tersendiri di dalam tiga kelas yang berbeza iaitu Promotional, Sporting dan Super Sporting. 

 


Menurut Ain Edruce, 28 tahun, "sepanjang sesi latihan, saya baru menyedari yang berlumba bukan sekadar memandu dengan pantas, akan tetapi ia memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap momentum, pecutan, nyahpecutan, keseimbangan dan juga pengendalian kenderaan. 

Beliau yang juga pelakon, model dan pengacara itu turut mengakui sudah boleh membiasakan diri dengan jentera Vios yang baharu itu. 
 


Sementara itu, Syafiq Kyle, 27 tahun sudah bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. 

"Saya percaya aspek yang paling mencabar di dalam perlumbaan adalah beraksi di atas litar jalanan, tiada ruang untuk melakukan sebarang kesilapan. 

"Satu hentaman (kepada penghadang konkrit), dan anda boleh terkeluar dari perlumbaan. 

Selebriti lain yang akan turut serta ialah Shukri Yahaya, Shawn Lee, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali dan juga Wany Hasrita. 
 


Kategori Sporting pula bakal menyaksikan kehadiran pelumba cilik Haydan Haikal untuk kali kedua dan turut disertai oleh Kenneth Koh (tempat ketiga musim lalu) dan Dato' Ken Foo yang meraih tempat kelima keseluruhan untuk musim kedua.

Shawn Lee dan Shukri Yahaya yang berentap di dalam kategori Sporting musim lalu berjanji akan memberikan saingan yang lebih sengit untuk kategori Promotional tahun ini. 

"Berlumba dalam kategori Sporting memang sengit, tetapi saya dan Shukri banyak belajar daripada barisan pelumba yang lebih berpengalaman, dan ia membantu kami menjadi pelumba yang lebih kental," ujar Shawn.  
 


Manakala Kategori Super Sporting lebih meriah dengan kehadiran dua bekas juara, iaitu Boy Wong (juara bertahan musim kedua) dan juga Tengku Djan Ley (juara musim pertama), selain William Ho, Brendan Paul Anthony dan juga Kenny Lee. 

Buat para peminat sukan permotoran di Kuala Terengganu, Festival Toyota Gazoo Racing bukan sahaja membawakan kehangatan aksi perlumbaan di litar, malah pelbagai acara menarik menanti para pengunjung termasuklah:

  • pameran kenderaan baharu Toyota
  • persembahan aksi drift oleh drifter dari Jepun
  • cabaran perlumbaan simulasi
  • permainan dan persembahan oleh artis
  • cabutan bertuah dan banyak lagi

Jangan lupa, Festival TGR dan Vios Challenge di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 6-7 September 2019, bermula jam 9.00 pagi dan kemasukan adalah percuma!

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…