Suzuki Vitara Katana - 100 unit sahaja, harga dari RM109k

oleh Mohamad Hanif|
Tidak cukup dengan penawaran Suzuki Swift Sport Katana, Suzuki Eropah telah menawarkan sebuah lagi model bagi mempromosikan motosikal Suzuki Katana kepada umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihasilkan dalam 100 unit terhad, Suzuki Vitara Katana hanya ditawarkan di pasaran Itali dengan harga bermula dari €23,630 (RM109 ribu) untuk pacuan roda hadapan, dan €26,630 (RM122 ribu) untuk pacuan semua roda. 

 


Dari segi luaran, Vitara Katana membawakan penampilan yang hampir serupa dengan Suzuki Swift Sport Katana, termasuklah layangan warna kelabu yang diselangi dengan elemen hitam dan merah, serta emblem dan perkataan Katana. 

Penggunaan warna merah tersebut diteruskan di bahagian lain seperti bumper, fender sisi serta pada diffuser belakang. 
 


Unit enjin pula masih kekal dengan nadi Boosterjet 1.0 liter turbo yang menghasilkan 112 kuasa kuda dan 170 Nm daya kilas yang memacu roda hadapan atau pacuan semua roda. 

Kelengkapan lain seperti sistem kawalan iklim automatik, skrin bersaiz 7 inci di bahagian tengah, sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay, kamera undur, kawalan kelajuan serta tempat duduk dengan pemanas terbina dalam. 
 


Untuk varian pacuan semua roda, Vitara Katana hadir dengan kelengkapan tambahan seperti sistem pelayaran adaptif, bantuan kekal laluan, brek kecemasan automatik serta sistem pengecaman papan tanda trafik. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin dan perkakasan Katana 2022 dinaik taraf dengan sejumlah komponen baharu seperti berikut…
Pelancaran Motosikal
Mengambil alih peranan Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki Malaysia Sdn Bhd kini merupakan…
Berita Domestik
Namun, berdasarkan laporan daripada rakan media MotoMalaya, salah sebuah pengedar Wah Motor…