Suzuki Swift dipilih sebagai Kereta Tahunan RJC Jepun 2018

oleh Muhammad Md Tajudin|
Penawaran model kenderaan dalam pasaran domestik boleh dikatakan agak baik walaupun ada beberapa model global tidak dijual di sini. Di antara faktornya ialah pasaran kita tidak sebesar beberapa negara jiran dan keutamaan kerajaan kepada model pemasangan tempatan.

Apabila model global tidak ditawarkan dalam negara, maka "berhuhu" lah peminat model tersebut. Dalam hal ini, pengguna tempatan yang berminat dengan Suzuki Swift baharu hanya sekadar dapat menatap gambar kerana agak mustahil ia akan dipasarkan selepas tiada lagi operasi Suzuki di sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suzuki Swift baharu yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu di Jepun dan pasaran global pada tahun ini telah pun menunjukkan keunggulannya. Kereta kompak itu telah terpilih bagi Anugerah Kereta Tahunan RJC 2018 di Jepun.

Swift terkini adalah versi generasi ketiga sejak dilancarkan pada tahun 2004 sebagai model global.  

Pengiktiran tersebut bukan calang-calang memandangkan ia dianugerahkan oleh Persidangan Penyelidik dan Wartawan Automotif Jepun (RJC).

 

 

Sebenarnya ini adalah kemenangan ketiga Swift dalam Anugerah Kereta Tahunan RJC selepas tahun 2005 dan 2010.

Di Jepun, ini anugerah ketujuh untuk Suzuki selepas WagonR pada tahun 1993, WagonR dan WagonR Stingray pada tahun 2008, Swift pada tahun 2005 dan 2010, Hustler pada tahun 2014, dan Alto pada tahun 2015.

Anugerah Kereta Tahunan RJC ke-27 dipilih dari senarai model domestik Jepun (JDM) yang dilancarkan di antara 1 November 2016 hingga 31 Oktober 2017.

 

 

Undian pada 1 November menentukan senarai pendek kepada enam model sahaja dan undi terakhir pada 14 November pula menentukan pemenang keseluruhan.

Suzuki Swift telah terjual sebanyak 5.77 juta unit di seluruh dunia sejak pelancaran model global pertama pada tahun 2004 *. Kereta kompak ini digemari di Jepun, Eropah dan sejumlah lagi pasaran global lain.

* Berdasarkan penyelidikan Suzuki pada akhir September 2017

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…