Suzuki Raider R150Fi 2023 dengan dua warna baharu, dari RM8,838

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Malaysia Sdn Bhd mengumumkan dua warna baharu untuk motosikal Suzuki Raider R150Fi 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua warna baharu tersebut ialah Bright Ivory/Titan Black, serta Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey.
 

raikder


Suzuki Raider R150Fi dengan warna baharu itu sudah boleh didapati di semua pengedar sah Suzuki Malaysia, dengan harga jualan bermula dari RM8,838 (atas jalan tidak termasuk pendaftaran dan insurans).

Dari segi spesifikasi, Suzuki Raider R150Fi mengekalkan enjin silinder tunggal sejukan cecair bersesaran 147 cc dengan hamburan kuasa 18 hp @ 10,000 rpm dan 13.8 Nm @ 8,500 rpm.
 

Raider


Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik hadapan Showa, diikuti dengan lengan ayun dan penyerap hentak tunggal di belakang.

Ciri lain termasuklah lampu utama LED, skrin digital penuh, Suzuki Easy Start System, kapasiti tangki bahan api 4.0 liter serta ketinggian pelana 765 mm.