Malah, berdasarkan semakan di laman Facebook, mereka telah menukarkan alamat di mana ia merupakan lokasi yang sama seperti ibu pejabat Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) yang terletak di Glenmarie.
Ini menguatkan lagi khabar angin di mana Suzuki Malaysia diambil alih oleh Kawasaki Motors Malaysia, namun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh KMSB lagi buat masa ini.