Dalam tahun 1984, Kataana 750SE dilancarkan dan model ini hadir dengan lampu pop-up ala supercar. Walaupun ia tidaklah begitu laju, model ini menerima publisiti yang sangat meluas.
Kemudian nama itu digunakan oleh model-model sportsbike biasa yang sudah kurang menyengat dan model terakhir dengan nama Katana ialah model GSXF-K6.
Careta merasakan ia akan menjadi seteru kepada Honda CB1000R, sebuah retro naked dengan gaya 1980-an, ketika motosikal masih lagi banyak menggunakan besi dan bukannya plastik.
Suzuki juga dijangka akan melancarkan Hayabusa baharu, beserta model-model GSX-R600 dan GSX-R750 semasa INTERMOT dalam bulan Oktober di Cologne, Jerman.