Suzuki GSX-S150 kini hadir dengan warna kuning dan sistem tanpa kunci

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan daripada blog permotoran negara jiran Julak Sendie Design, Suzuki Indonesia telah mengemas kini penawaran warna baharu pada GSX-S150, iaitu versi naked kepada GSX-R150.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

GSX-S150 kini hadir dengan warna Daytona Yellow dan dilengkapi dengan sistem bantuan mula tanpa kunci (keyless system). 


Motosikal ini masih lagi mengekalkan enjin bersesaran 147.3 cm3 empat lejang satu silinder dengan ciri sejukan cecair, menghasilkan kuasa sebanyak 18.9 HP dan daya kilas 14.0 Nm pada 9,000 rpm putaran enjin.
 


Penawaran warna kuning baharu ini merupakan tambahan pilihan kepada warna sedia ada iaitu Titan Black, Stronger Red, dan Solid Black Gloss manakala warna Metallic Triton Blue telah pun digugurkan daripada senarai. 


Hujung bulan yang lalu, Suzuki Indonesia juga telah menambah warna baharu pada penawaran Suzuki GSX-R150 iaitu penambahan warna hitam dan warna merah yang diserikan dengan tulisan SUZUKI yang menaikkan lagi seri dan imej sporty motosikal berkenaan. 


Setakat ini masih lagi tiada maklumat berkenaan kemasukan kedua-dua model ini ke dalam pasaran Malaysia oleh pengedar Suzuki tempatan bagi segmen motosikal 150cc ini. 

Sumber: Julak Sendie Design