Suzuki disyaki tipu data asap di US

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kerajaan Amerika Syarikat akan mengheret seorang staf Suzuki Motor America ke mahkamah atas tuduhan menipu fakta di dalam dokumen yang diisi olehnya kepada Jabatan Alam Sekitar (EPA) di sana.

Menurut laporan Asphalt adn Rubber, ia adalah tanggungjawab pekerja tersebut, Wayne Powell untuk mengisi dan menghantar dokumen itu.

Powell dituduh mengubah data-data dari Suzuki untuk model motosikal tahun 2012 supaya Suzuki tidak akan melampaui had kadar asap yang dibenarkan.

Kawalan asap atau emission control di US memang sangat ketat dan untuk motosikal, sebuah syarikat boleh "mengumpulkan" kredit asap dan kemudian dibandingkan dengan jumlah jualan.

Powell berkata Suzuki mengikuti program kredit asap tersebut tetapi EPA menidakkannya.

Kadar asap di Malaysia memang sudah lama diperkenalkan. Namun ia hanya wujud semasa homologasi kenderaan baharu sahaja.

Kenderaan persendirian jarang diperiksa tahap pelepasan asap selepas didaftarkan.
 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…