Suzuki Burgman 400 2022 - skuter maxi berharga RM45,999

oleh Mohamad Hanif|
Selain model naked GSX-S1000, Suzuki Malaysia turut melancarkan model skuter maxi terbaharu, iaitu Suzuki Burgman 400.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Reka bentuk Burgman 400 telah dikemaskini dengan menampilkan rekaan yang lebih malar segar, serta didatangkan dengan standard piawaian emisi Euro 5, dan teknologi baharu seperti sistem dwi percikan dan juga kawalan cengkaman.
 

Burgman


Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah penghadang angin, unit lampu LED berkembar, lampu posisi LED, lampu belakang kombinasi LED, rekaan pelana penunggang yang boleh dilaras, serta ruang kargo sebesar 42 liter yang boleh memuatkan dua buah helmet.

Tidak cukup dengan itu, Burgman 400 turut menyediakan dua ruang simpanan tambahan masing-masing bersaiz 2.8 liter dan 3.5 liter, serta outlet kuasa DC 12V untuk pengecasan peranti pintar.
 

Burgman


Burgman 400 dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 400 cc yang mampu menghasilkan 29.2 PS dan 35.2 Nm yang mampu menawarkan tunggangan yang sofistikated, terima kasih kepada beberapa komponen enjin yang telah disemak semula.

Teknologi Suzuki Dual Spark pula meningkatkan tahap kecekapan pembakaran, selain menjimatkan penggunaan bahan api dan output kuasa yang lebih stabil.
 

Burgman


Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik 41 mm, penyerap hentak tunggal belakang link-type dengan larasan tujuh cara, sementara sistem brek pula terdiri daripada rotor berkembar 260 mm di depan dan rotor belakang 210 mm, dibantu dengan sistem ABS yang jauh lebih ringan berbanding model terdahulu.

Suzuki Burgman 400 dijual pada harga bermula dari RM45,999.00 dan hanya ditawarkan dalam warna Metallic Mat Sword Silver sahaja.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Suzuki GSX-S1000GX (RM89,900)     Muncul buat kali pertama di acara pameran EICMA 2023, Suzuki…
Berita Domestik
Peraduan cabutan bertuah ini terbuka kepada pelanggan yang membeli model Suzuki GSX-8S, GSX-S150,…
Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…