SUV Perodua berharga lebih dari RM60k. Boleh ke?

oleh HEZERI SAMSURI|
Merdeka Bonanza

Semua sudah maklum bahawa model akan datang dari Rawang ialah sebuah SUV dari Perodua.

Namun begitu, menurut rakan kami di Carlist.my, harganya akan melebihi paras RM60,000.

Carlist mengupas wawancara Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dengan BFM Radio.

Aminar berkata harga keempat-empat model Perodua yang sedia ada ialah di bawah paras RM60,000.

 

 

“Kami percaya itu ialah batasan psikologi harga Perodua. Namun begitu, peningkatan harga barang dan kos berada di luar kawalan kami. Sekiranya kami perlu, kami terpaksa membuat keputusan dan perubahan,” ujar Aminar kepada BFM Radio.

Myvi baharu telah mengubah persepsi institusi kewangan kerana ramai pembeli Myvi baharu merupakan dari demografi pembeli yang lebih kukuh dari segi kewangan.

“Myvi membawa pelanggan-pelanggan yang mempunyai nilai kredit yang baik kepada Perodua,” sambung Aminar.

Aminar juga berkata pihak Perodua berharap agar batasan harga psikologi Perodua yang berada di bawah paras RM60,000 akan berubah.

 

 

“Kami mahu pembeli membeli Perodua bukan kerana itulah sahaja yang mereka mampu, tetapi kerana keseluruhan pakej seperti rekabentuk, kelengkapan, teknologi, khidmat lepas jualan dan jenama itu sendiri,” terang Aminar.

Sementara itu, Daihatsu Terios dan Toyota Rush baharu sudah pun dilancarkan di Indonesia. Samada Perodua akan menyambung kembali legasi Kembara dengan menggunakan resipe Rush/Nautica dahulu, Careta kurang pasti.

Yang pasti, memang Malaysia memerlukan sebuah SUV kompak berharga mampu milik. Dengan kebolehan terkini Perodua, mungkin juga mereka boleh merekabentuk sahaja sebuah SUV kompak tanpa perlu rebadge varian Daihatsu.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Malah menurutnya, berita itu masih wujud di dalam laman web pihak ketiga tersebut. Careta juga…
Berita Domestik
OSH Week adalah satu acara tahunan yang disambut pada minggu kedua setiap bulan Julai bertujuan…
Berita Domestik
Untuk mendapatkan pensijilan ISO 9001, sesebuah organisasi harus mematuhi piawaian kualiti terbaik…