Surat terbuka kepada YB Menteri Kerja Raya

oleh Mohamad Hanif|
Saban hari kita menerima berita berkenaan keselamatan para pengguna ketika di lebuhraya, dan angka tersebut dilihat semakin membimbangkan.

Justeru itu, kami ingin menyiarkan surat terbuka kepada Menteri Kerja Raya yang dikarang oleh Yamin Vong, pengarang veteran automotif terkemuka berkenaan hal ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kepada Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian

Susulan kejadian kemalangan di Lebuhraya PLUS berdekatan Rawang sehingga meragut korban empat nyawa tempoh hari, kami berharap agar ada tindakan tegas daripada YB menerusi dua agensi yang bernaung di bawah Kementerian Kerja Raya iaitu:

1. Malaysia Highway Authority - meletakkan standard keselamatan lebuhraya terkini kepada pemegang konsesi tol
2. MIROS (Malaysia Institute of Road Safety) - menyiarkan data berkaitan kemalangan trafik terutama melibatkan kemalangan di laluan bertentangan.


Kemalangan melibatkan arah bertentangan adalah dikatakan empat kali lebih mendatangkan kemudaratan oleh kerana ia melibatkan pelanggaran secara terus (frontal collision) pada kelajuan lebuhraya.

Tiada sebarang langkah berjaga-jaga diambil oleh pihak berkuasa bagi menampung penambahan aliran trafik sehingga menyebabkan berlaku peningkatan kes kemalangan tersebut. 

Penggunaan penghadang jalan jenis logam berbentuk W yang digunakan pada lebuhraya Malaysia sememangnya murah dan mudah untuk diselenggara, namun adakah ia berkesan untuk mengurangkan kecelakaan jalan raya yang saban hari semakin membimbangkan?

 


Salah satu alternatif kepada penggunaan penghadang tradisional itu ialah sistem penghadang jalan jenis tali kabel yang mengaplikasikan prinsip tenaga kinetik bagi mengurangkan impak pelanggaran yang disebabkan oleh muatan berat lori treler mahupun bas. 

Sistem ini diperkenalkan sejak tahun 1980-an oleh syarikat Britih, Brifen ternyata berkesan mengurangkan kenderaan yang terbabas daripada memasuki arah bertentangan dan mengekalkan kenderaan tersebut pada arah yang asal. 

Bukan mudah untuk memujuk tradisionalis untuk mengubah sistem sedia ada, bahkan Jabatan Pengangkutan Florida dikatakan berjaya mengimplementasikan sistem tersebut pada tahun 2005 selepas menguji tiga jenis sistem tali dawai penghadang jalan sepanjang hampir 500 km jarak lebuhraya di antara Miami-Dade dan Florida Sentral.
 


Statistik yang dikeluarkan menunjukkan penurunan kes kemalangan yang ketara selepas pemasangan sistem penghadang jalan tali kabel tersebut daripada 25 kes purata setahun kepada hanya empat kes sahaja!

Namun, tidak semua berfikiran serupa. 

Di Mumbai Pune Expressway, para jurutera bersepakat bahawa sistem yang disebutkan sebelum ini mampu mengurangkan kes kemalangan jalan raya dengan berkesan, namun mereka tetap menyarankan sistem penghadang jalan logam W-Beam yang lebih murah dan mudah untuk diselenggara.

Kedengaran ironi bukan?
 


Adakah para pemegang konsesi tol di Malaysia mempunyai hubungan sulit dengan LLM sehingga sanggup memilih sistem penghadang yang lebih murah?

Jika yang lebih murah sudah tersedia, apa perlunya membazirkan wang untuk sistem yang lebih mahal, walaupun ia terbukti lebih berkesan?


Negara jiran kita, Thailand tidak memasang sebarang penghadang jalan di sepanjang lebuhraya mereka, hanya menggunakan parit dengan ketinggian gradual (gradual walled ditch) sebagai pembahagi jalan. 

Ketika kembara pertama kelab 4x4 Adventure Club dari Kuala Lumpur menuju ke Kunming, Yunan, terdapat peserta konvoi kami yang hampir kemalangan ketika melintasi kawasan Bangkok akibat kepenatan.

Kenderaan Land Rover Discovery yang beliau pandu didapati terbabas memasuki kawasan parit pembahagi jalan, dan keadaan kenderaan yang terbabas akibat bonggol parit kemudiannya mengejutkan pemandu supaya kembali mengawal SUV beliau kepada asal. 

Tiada sebarang kecederaan kepada pemandu, mahupun penumpang, malah SUV beliau juga berkeadaan amat baik. 

Ini merupakan satu contoh yang berkesan di dalam mengelakkan kemalangan yang lebih teruk terutama ketika mengharungi perjalanan di lebuhraya. 
 


Menurut kajian yang dilakukan oleh Department of Transportation Federal Highway Administration Amerika Syarikat, kebarangkalian seseorang untuk cedera berjaya dikurangkan kepada 39% akibat penggunaan pembahagi jalan konkrit, 65% akibat guardrail jenis W-Beam dan hampir 78-85% lebih berkesan dengan penggunaan pembahagi jalan jenis tali kabel, berbanding kebarangkalian melanggar objek atau bendasing di atas jalan seperti tiang lampu, dinding, bangunan dan sebagainya.

Mungkin YB juga perlu meneliti kajian-kajian yang pernah dijalankan sebelum ini, dan suka untuk saya kongsikan kajian yang dilakukan di dalam Journal of Transportation Safety & Security, University of Virginia. 

Kajian tersebut dilakukan oleh Ning Li, Byungkyu Brian Park dan James Lambert bertajuk "Effect of guardrail on reducing fatal and severe injuries on freeways: Real-world crash data analysis and performance assessment"
 


Berikut merupakan abstrak kepada kajian yang telah dijalankan:

"Walaupun sistem guardrail sedia ada direka untuk mengurangkan impak pelanggaran kepada kenderaan, kesan sebenar sistem ini didapati jarang diuji secara teliti dan disahkan. 

Artikel ini menggunakan sistem penghadang sebenar dan data kemalangan bagi menilai tahap keberkesanan sistem penghadang guardrail bagi mengurangkan kes kecederaan dan kematian akibat pelanggaran. 

Model yang dinamakan "roadway departure crash severity model" dibangunkan menggunakan sistem binari logit, dan ujian statistik turut dijalankan bagi membandingbezakan kadar keterukan kemalangan menerusi pelanggaran dengan atau tanpa melanggar penghadang guardrail.

Kedua-dua cara tersebut mencadangkan bahawa pelanggaran kepada penghadang guardrail mampu mengurangkan kebarangkalian kematian dan kecederaan kepada 45-50% dan pengurangkan tersebut secara statistiknya adalah penting untuk dinilai. 

Terdapat satu cara yang unik ialah dengan menggandingkan data yang diperoleh menerusi kajian sebelum ini dengan inventori penghadang jalan yang lain menggunakan kaedah analisis ruang lanjutan untuk melihat kesan pelanggaran menerusi penggunaan jenis penghadang yang berbeza. 

Keputusan yang diperoleh berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan sistem penghadang guardrail jenis W-Beam didapati mengakibatkan lebih banyak kes pelanggaran yang lebih teruk serta kematian jika dibandingkan dengan penggunaan sistem kabel bertegangan rendah. 

Penemuan di dalam artikel ini memberikan nilai praktikal yang penting di dalam membangunkan pelaburan penghadang guardrail berpandukan data serta strategi peruntukan sumber aset silang."


Surat terbuka ini diterjemah daripada artikel asal karya Yamin Vong yang boleh dirujuk menerusi laman rasmi kelolaan beliau, Motorme.my

Berita Berkenaan

Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…
Berita Domestik
Perodua terus menjadi syarikat automotif nombor satu di Malaysia selama lebih 11 tahun dan tahun…