Supercar yang glamour sekali sahaja sebelum terkubur

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selebriti-selebriti hiburan muncul seperti cendawan selepas hujan dan hanya segelintir sahaja yang mampu bertahan lama.

Sama seperti dengan supercar, ada beberapa jenama yang muncul tetapi terus tenggelam selepas satu model sahaja.

Ada pelbagai sebab kenapa hanya satu model sahaja yang glamour tetapi menurut kajian terperinci oleh pasukan penyelidik Careta, sebab utama yang sering digunakan ialah masalah kewangan. 

Kerana ia sebuah syarikat supercar yang baharu, tidak ada sesiapa yang berminat untuk membeli syarikat-syarikat tersebut kerana kesukaran dan risiko yang besar untuk menjadikan ia sebuah jenama yang kuat seperti Lotus.

Kebanyakan jenama-jenama supercar atau kereta berprestasi tinggi mempunyai susun galur di dalam arena automotif dan hampir kesemuanya pernah memasuki F1 (kecuali Lamborghini yang bermula dari membina traktor dan tidak pernah masuk ke siri F1).

Di sini, Careta kongsikan apa yang TopGear UK percaya sebagai senarai supercar one-hit wonders.

 

9FF

9ff GT9

Jenama yang hanya dikenali oleh peminat Porsche tegar, 9ff ialah sebuah syarikat tuning dari Jerman dan ia telah membina model GT9 berdasarkan model Porsche 997 GT3..

Dengan enjin 1,120 hp di bahagian tengah (mid-engine), GT9 ini mampu bergerak dengan kelajuan 412 kmsj.

Syarikat 9ff diistiharkan muflis di dalam tahun 2013 dan hanya 150 unit GT9 terbina.

 

caparo T1

Caparo T1

Model Caparo pernah beberapa kali disiarkan di dalam rancangan program automotif nombor satu dunia, TopGear.

Dibina berlandaskan konsep Formula 1 untuk jalanraya, cuma 16 unit yang dihasilkan.

Enjin 3.5L V8 dari Menard menghamburkan cuma 575 hp dan 420 Nm - tidak begitu tinggi.

Oleh kerana Caparo T 1 ini cuma seberat 875 kg, ia mempunyai nisbah kuasa kepada berat sebanyak 1,223 hp untuk setai satu tan.

Hasilnya - 0 - 100 kmsj dalam masa 2.5 saat dan halaju maksimum 330 kmsj.

 

Edonis

B Engineering Edonis

Pada tahun 1995, syarikat Bugatti telah muflis (sekali lagi) dan sekumpulan jurutera Bugatti membeli 21 buah kerangka karbon untuk supercar Bugatti EB110.
Mereka kemudian membesarkan enjin EB110 dari 3.5L V12 kepada 3.8L.

Empat turbo kecil standard pada EB110 dibuang dan digantikan dengan dua turbo besar. Kerana itu, halaju maksimum ialah 359 kmsj.

Kerana Bugatti sudah tiada, syarikat baharu ini menamakan diri mereka B Engineering dan nama supercar ini ialah Edonis.

Selepas Volkswagen Group membeli jenama Bugatti, B Engineering terus malap.

 

Citeza


Citeza-Moroder V16T

Pereka Lamborghini Countach, Marcello Gandini merasa marah kerana Chrysler (yang ketika itu memiliki Lamborghini) langsung tidak memandang rekaan terbaharunya yang meggantikan Countach.

Gandini terus berjumpa dengan sorang pelabur, Giorgio Moroder dan mereka bersetuju untuk menghasilkan model Cizeta ini dengan enjin 6.0 liter, 64 injap dan 540 hp untuk meratah Lamborghini Diablo.

Cuma 20 unit yang dibuat sebelum syarikatnya bungkus.

 

SSC


SSC Ultimate Aero TT

Jenama dari US ini muncul dalam tahun 2006.

Nama asalnya ialah Shelby SuperCars dan sebelum Bugatti Veyron Super Sport muncul dengan kelajuan 431 kmsj, SSC Ultimate Aero TT ini memang takhta kereta production paling laju di dunia dengan kelajuan maksimum 412.22 kmsj.

SSC Ultimate Aero TT juga tidak dijual dengan sebarang alatan bantuan elektronik seperti TCS atau ABS kerana menurut ketuanya, Jerod Shelby, falsafah kereta ini ialah kereta yang boleh dipandu secara tulen oleh pemandunya.

Sayang sekali syarikat ini terpaksa mengucapkan selamat tinggal kerana masalah kewangan.

Jika tidak, mungkin rapper popular Altimet mahu membeli sebuah.

 

saleen ekor panjang

 

Saleen S7

Satu lagi jenama US ialah Saleen, yang bermula sebagai tuner untuk Mustang. 

Model S7 menggunakan enjin Ford 7.0 L V8 dengan dua turbo Garrett (boost 0.4 bar) dan menghasilkan 750 hp.

Cuma 21 unit yang dihasilkan dan kemudian tiada lagi permintaan. 

Ascari A10

Dengan enjin 5.0 L V8 dari BMW menghasilkan 625 hp melalui transmisi manual 6-kelajuan, ia dibina oleh Ascari Cars dari UK.

Dijangka 50 unit akan dibina, nama A10 bermaksud ulangtahun ke 10 untuk syarikat itu.

Walaupun dinobatkan sebagai kenderaan terpantas di litar TopGear dalam tahun 2007 dan mempunyai teknologi dari kereta lumba KZ1-R GT yang digunakan dalam Spanish GT Championship, Ascari tidak dapat menjual walau satu unit pun.

 

Gumpert

Gumpert Apollo

Jika anda kenal Audi Quattro, anda pasti tahu siapa itu Roland Gumpert.

Roland ialah salah seorang jurutera utama untuk projek Quattro.

Mungkin kerana itu, Roland menggunakan enjin Audi 4.2 L V8 dengan dua turbo untuk Apollo ini.

Dibina dengan bantuan Technical University of Munich dan Ongolsstadt University of Applied Sciences, dua prototaip Apollo dihasilkan dalam tahun 2005.

Kelajuan maksimum ialah 360.4 kmsj dan pecutan dari 0 - 100 kmsj ialah dalam 3.1 saat. Jika itu terlalu perlahan, Apollo ini juga mampu memecut dari 0 ke 200 kmsj dalam masa hanya 9.1 saat.

Dalam tahun 2012, syarikat itu jatuh muflis. Apollo pula tidak begitu mendapat sambutan kerana rupanya yang sedikit 'alien" dan juga kerana banyak kejadian ia musnah bila terbabas kerana hilang kawalan.

 

 

 

  

Berita Berkenaan

Berita Global
Kumpulan terakhir R8 telah dilancarkan dari barisan pemasangan di kilang Audi Böllinger Höfe di…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…
Berita Global
Selepas melancarkan model V10 GT RWD pada tahun lepas, tiba giliran Audi Jepun untuk melancarkan R8…