Sumbang sekampit beras, bantu jayakan Infaq Ramadan Persatuan Kebajikan Nur Kasih Pulau Pinang sekarang!

oleh Afandi Che Muhamad|
Berkongsi rezeki. Dua patah perkataan itu sudah cukup membuka minda kita untuk memahaminya dengan jelas.

Ironinya, tidak ramai antara kita terdorong untuk melakukan perkara tersebut yakni berkongsi rezeki atau lebih mudah diterjemah sebagai bersedekah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rata-ratanya takut tertipu atau 'tersalah bantu' susulan kewujudan cerita negatif mutakhir ini yang sedikit sebanyak merencatkan amalan bersedekah.

Amalan itu sendiri tidak salah, yang menjadi punca utama permasalahan seperti itu adalah pemilihan platform kurang tepat.

Kebanyakan dalam kalangan kita merungut ditipu pengemis dan sebagainya.

Bagi mengatasi permasalahan berkenaan, suka untuk dinasihatkan bahawa jika timbul keraguan untuk bersedekah kepada pengemis yang tidak dikenali adalah lebih baik anda sedekahkan terus sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit atau pun keperluan asas kepada rumah kebajikan, rumah anak yatim dan golongan yang benar-benar memerlukan berdekatan lokasi masing-masing.

Dengan cara ini kita rasa lebih yakin dan percaya sumbangan kita terus kepada yang memerlukan. Tidak ada rasa tertipu kerana anda sudah pernah berkunjung ke rumah kebajikan, rumah anak yatim atau golongan memerlukan tersebut.

Terlanjur berbicara mengenai topik ini, kami di Careta ingin menyeru anda untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada sebuah institusi kebajikan di Pulau Pinang.

Badan bukan kerajaan (NGO) dimaksudkan ialah Persatuan Kebajikan Nur Kasih Pulau Pinang.

Untuk makluman, Persatuan Kebajikan Nur Kasih Pulau Pinang baru-baru ini menguar-uarkan projek infaq bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadan Mei depan.

Menerusi projek tersebut, orang ramai digalakkan menyumbang sekampit beras bersaiz 5 kilogram (kg) untuk diagihkan kepada 1,000 orang terdiri dalam kalangan asnaf, anak-anak yatim dan ibu tunggal terpilih sekitar pulau yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu.

Menurut jurucakap persatuan, pihaknya memerlukan 1,000 kampit beras bagi tujuan berkenaan dan sumbangan boleh dilakukan mulai sekarang sehingga 16 Mei depan.

"Kepada mereka yang tidak dapat menghulurkan sumbangan berbentuk beras, pihak kami juga boleh menerima sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

"Jumlah yang disumbang tidak ditetapkan secara spesifik, cukup untuk membeli beras dengan kuantiti 5kg yang dianggarkan pada harga RM10 hingga RM12 sekampit," katanya.

Jelas sumber itu lagi, wang boleh disalurkan menerusi akaun Persatuan Kebajikan Nur Kasih Pulau Pinang seperti tertera di bawah:

Pemegang akaun Maybank: Persatuan Kebajikan Nur Kasih Pulau Pinang
Nombor akaun Maybank:    557090518816

Mana-mana individu atau organisasi yang berhasrat menyumbang diminta untuk mengambil gambar slip atau resit transaksi sebagai bukti pembayaran/deposit.

Gambar tersebut boleh dikemukakan kepada ahli jawatankuasa bertugas di talian tertera di bawah:

+60134004117 (Mie)
+60194327282 (Tahir)
+60126126097 (Ayu)
+601124155758 (Uji)
+60175890660 (Abg Izan)
+60195163662 (Ruby)
+60195974878 (Wanis)
+601126492788 (Zaidah)
+60184638120 (Saodah)
+60174056031 (Azmah)
+60135199630 (Faizah)
+60175440504 (Sue)

Besar harapan Careta agar sumbangan anda dapat membantu mereka dalam menjayakan projek berkenaan Ramadan ini.

Maklumat lanjut mengenai projek Infaq Ramadan dijalankan persatuan berkenaan boleh diperoleh menerusi pautan https://www.facebook.com/events/2159465720950696/?ti=cl.

Selamat beramal!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Start Your Impossible merupakan kempen yang dijalankan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) sempena…
Berita Domestik
Sumbangan tersebut telah disalurkan melalui pasukan bola sepak JDT, di mana ianya bakal digunakan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, sumbangan…