Suku pertama 2018 tarikh akhir untuk jualan motosikal 2-lejang ​​​​​​​

oleh HEZERI SAMSURI|

Penjualan motosikal baharu dengan enjin 2-lejang mungkin dihentikan selepas suku pertama 2018.

Ini berikutan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mewajibkan piawaian asap Euro 3 untuk proses Vehicle Type Approval (VTA) bagi motosikal. 

Setiap model kenderaan baharu perlu mempunyai kelayakan VTA sebelum boleh dijual di dalam pasaran. Ini penting bagi memastikan kualiti, kadar keselamatan dan pelepasan asap mengikut peraturan negara.

 

Menurut sumber Careta dari salah satu agensi kerajaan, akta itu sudah lama dipersetujui dan diketahui oleh semua syarikat pembuat motosikal. Kerana itu trend motosikal sudah bertukar dari enjin 2-lejang kepada 4-lejang.

Enjin 4-lejang lebih efisien dan lebih bersih, membolehkan ia mematuhi piawaian asap Euro 3 dengan mudah.

Namun begitu, masih ada dua lagi model motosikal 2-lejang yang dijual di dalam pasaran, Yamaha 125Z dan Modenas Dinamik.

Akta ini tidak mengganggu motosikal-motosikal yang sudah dijual dan digunakan di atas jalanraya. Ia cuma untuk jualan unit baharu sahaja.

 

Sumber Careta berkata selalunya JAS dan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) akan memberikan grace-period atau masa tangguhan kepada industri untuk membantu mereka memastikan semua stok terjual.

"Grace period boleh diberikan atas dasar case-by-case basis. Ini bermakna syarikat pengeluar boleh membuat permohonan dan akan dikaji oleh pihak kerajaan," terang beliau.

Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk memiliki motosikal 2-lejang baharu yang nyata lebih pantas dan lebih "raw", sekarang adalah masanya sebelum jualan motosikal 2-lejang baharu diharamkan.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dengan tanda harga yang cukup menarik, iaitu sekitar RM13,788 sahaja, Dominar D400 dijangka bakal…
Berita Domestik
“Pihak universiti mendapat bantuan teknikal dari Modenas dalam projek ini,” ujar Shahriman. Enjin…
Tunggang Uji
Lawatan Careta ke India baru-baru ini turut meliputi aktiviti tunggang uji motosikal Bajaj Dominar…