Subsidiari Hyundai perkenal model konsep eVTOL Supernal S-A2!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Supernal S-A2 2024, Supernal S-A2, Supernal,  Supernal LLC
Supernal S-A2 2024
Supernal LLC memperkenalkan kenderaan berlepas dan mendarat menegak elektrik (eVTOL) S-A2 di Pameran Elektrik Konsumer (CES) 2024.

Supernal merupakan syarikat Pengangkutan Udara Termaju (AAM) Hyundai Motor Group (HMG).

S-A2 dengan kapasiti seorang juruterbang dan empat penumpang adalah lanjutan kepada S-A1 yang diperkenalkan pada CES 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Supernal S-A2 2024

 

eVTOL Supernal dibangunkan sebagai pilihan pengangkutan baharu untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi di bandar dengan lebih cepat.

Dari segi teknikal, S-A2 merupakan pesawat ekor V dengan pendorong elektrik dan lapan bilah dan boleh terbang pada kelajuan 193 kilometer sejam (km/j) pada ketinggian 1,500 kaki.

Ciri tersebut dapat memenuhi operasi biasa di bandar dengan perjalanan 40 km sehingga 64 km.

Menariknya, kadar bunyi eVTOL begitu senyap iaitu 65 desibel (dB) ketika berlepas dan mendarat dan 45 db semasa terbang.

 

Supernal S-A2 2024

 

Di situ terletak kelebihan eVTOL selain tidak menggunakan bahan api dari fosil.

Kakitangan kejuruteraan Supernal bekerjasama dengan pereka automotif HMG dalam kerja-kerja reka bentuk.

Hasilnya adalah sebuah eVTOL yang menarik dengan bahagian dalaman ringkas. Ruang juruterbang dibezakan dengan warna dan bahan yang digunakan.

Perkakasan gred penerbangan dan dari bahan penyerapan tenaga disepadukan pada bingkai kerusi untuk rekaan dalaman kemas dan ringkas.

 

Supernal S-A2 2024

 

Peralihan pencahayaan ketika terbang menjadikan ruang dalaman rasa luas dan menjadi penunjuk untuk masuk dan keluar dari 'kereta terbang' ini.

Pengalaman dalam merekabentuk kereta pintar turut dibawa ke dalam pembangunan SA-2.

Bilakah SA-2 memasuki pasaran? 2028 dan seperti pesawat lain, SA-2 perlu mematuhi piawaian dan perundangan untuk membolehkannya menerima sijil layak terbang.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Supernal S-A2 2024