Subsidi minyak untuk motosikal 125cc ke bawah dan kereta 1.3L ke bawah?

oleh HEZERI SAMSURI|
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah semalam berkata pihak kerajaan Pakatan Harapan akan memberikan subsidi bahan api hanya untuk golongan sasar.

Beliau mengumumkan cadangan itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan oleh Senator Datuk Ng Chiang Chin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Menurut laporan Malay Mail, kerajaan akan menarik balik subsidi bahan api sekarang yang diberikan kepada semua peringkat rakyat.

"Kerajaan akan menyediakan subsidi dan kuota petrol bulanan yang berpatutan untuk penunggang motosikal dengan enjin lebih kecil dari 125 cc dan kereta dengan sesaran enjin 1.3L ke bawah," ujarnya.

Beliau menambah bahawa perincian dan mekanisma subsidi itu masih dikaji dan akan diumumkan bila siap.

Antara yang diutarakan ialah penunggang dan pemandu kenderaan tersebut juga perlu layak dan bukannya diberi hanya mengikut saiz enjin.

Kerajaan PH katanya prihatin akan peningkatan kos sara hidup dan akan cuba meringankan beban rakyat.

Dalam tahun 2014, ura-ura cara pemberian subsidi bahan api pernah timbul. Ini ialah berikutan peningkatan harga bahan api yang menyebabkan jumlah subsidi terlalu tinggi.

 

 

Skim Rasionalisasi Subsidi Petrol dicadangkan bermula pada Jun 2015 dan subsidi bahan api RON95 akan diberikan berdasarkan gaji dan pendapatan individu.

Skim itu mencadangkan subsidi penuh diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dan individu yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan diberikan sebahagian dari subsidi.

Mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 tidak layak untuk menerima subsidi.

Stesen minyak akan menggunakan MyKad untuk mengetahui status subsidi pengguna.

 

 

Namun cara itu tidak digunakan kerana kesukaran dari segi kawalan. Contohnya, seorang jutawan boleh meminta pemandunya untuk mengisi bahan api menggunakan MyKad beliau.

Warga asing juga boleh meminjam MyKad rakyat tempatan untuk membeli bahan api dengan harga subsidi.

Ternyata kos penyeliaan skim subsidi itu mungkin akan menjadi lebih mahal dari kos subsidi sendiri. Dan untuk stesen-stesen minyak kecil di kawasan pendalaman, kesukaran untuk mendapat perkhidmatan internet akan menghalang penggunaan MyKad.

Pemberian subsidi bahan api ialah satu perkara yang unik kerana tidak ada negara maju yang melakukannya. Malah Thailand sendiri tidak ada subsidi bahan api dan di Indonesia, subsidi hanya diberikan kepada diesel B20 untuk meningkatkan lagi penggunaan minyak sawit negara itu.

Mungkin Timbalan Menteri Kewangan sudah mempunyai cara yang baik untuk dipraktikan di Malaysia.

Kita tunggu dan lihat.

Harapan Careta, jangan gunakan komoditi seperti bahan api sebagai alat politik kerana kerugian yang akan dirasakan mampu menyebabkan negara terus tumbang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, dalam tempoh sama, nilai rampasan yang melibatkan lain-lain peralatan, kenderaan dan…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Global
Menurut Liu Luochuan, pengarah pusat penyelidikan pembangunan strategik di Dongfeng Motor…