Subaru WRX STi Type RA dan BRZ tS

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk pengumuman anda, kedua-dua kereta ini diumumkan dari Subaru semalam.

Apa yang menarik tentang kedua-dua kereta ini? 

WRX STI Type RA

STI RA

Subaru mengingatkan kita bahawa RA itu sebenarnya singkatan huruf bagi “Record Attempt” bukan Rancak Abis atau Rasa Angin.

Varian STI RA ini lebih ringan, mempunyai tambahan kuasa dan sistem gantungnya telah ditambahbaik berbanding WRX biasa. 

Bagaimana ia boleh jadi lebih ringan dari biasa? Ini kerana panel bumbungnya diperbuat dari bahan gentian karbon serta rimnya ialah jenis BBS ringan 19-inci dengan tayar Yokohama Advan Sports bersaiz  245/35R19. 

RA sayap

Enjinnya sama, iaitu 2.5-liter “flat-four” yang kita lama kenal dan minat, tetapi dengan penambahan kuasa ke 310 bhp disebabkan oleh salur pengambilan udara sejuk buatan STI dan ekzos berprestasi tinggi. Juga terdapat ECU yang diubah serta piston yang diperkuat, kedua-duanya menyumbang kepada penambahan kuasa enjin.

Kotak gear enam kelajuan kini menampilkan ratio gear 3 yang diubah bersama penukar gear (shifter) pergerakan pendek. Kesemua pembaharuan, badan kereta yang lebih ringan, tambahan kuasa enjin dan perubahan pada ratio gear, membawa pada daya pecutan yang lebih laju dari biasa.

bumbung karbon

Perubahan-perubahan lain termasuk penyerap buatan Bilstein baharu, kawalan stabiliti VDC, sistem brek cross-drilled Brembo baharu (berwarna perak eksklusif) dengan kaliper enam piston depan, dua di belakang.  

Tanda-tanda RA lain ialah seperti lambang-lambang RA, butiran-butiran warna merah, kerusi Recaro, dan sayap gentian karbon yang boleh di ubah secara manual.

Subaru BRZ tS

BRZ tS-1

Apakah varian tS ini? Sebenarnya ia bukan baru, kerana varian ini memang sebahagian dari barisan BRZ sejak 2013.

Fokus utama varian ini ialah penambahbaikan tahap pengendalian. Kata Subaru:

“Model 2018 BRZ tS (yang ditala oleh STI ini) menawarkan pengendalian yang sangat menyeronokan dengan cara yang jauh lebih fleksibel, tahap kawalan lebih baik dan seimbang.”

BRZ tS BBS

Ia menggunakan penyerap dari Sachs (dengan talaan khusus STI) dan besi pengukuh dan fleksibel bentuk V dalam ruang enjinnya. Chassisnya juga telah diperkuat untuk memberikan respon stereng lebih cekap dan tangkas. Tayarnya ialah dari Michelin, bersaiz 215/40R18 jenis Pilot Sport 4 yang memberikan cengkaman kuat dan pusingan selekoh yang lebih cepat. Sistem breknya juga dari Brembo. BRZ tS terdapat dalam pilihan warna biru, hitam dan putih.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…