Subaru Technica International (STI) berumur 30 Tahun

oleh SALINA JALIL|
Kombinasi huruf WRX sememangnya sudah sebati dengan jenama Subaru dengan warna biru ikoniknya itu. Namun begitu, terdapat satu lagi akronim yang penting buat Subaru - STI - singkatan untuk Subaru Technica International.

Jenama STI sering kali mengingatkan kita kepada kemenangan bersejarah mereka di Kejohanan Rally Sedunia (WRC) dan jentera ikonik Impreza 22B. Tahukah anda, STI menyambut ulang tahun yang ke-30 minggu ini?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ditubuhkan pada 2 April 1988 oleh Ryuichiro Kuze, seorang jurutera berpengalaman Subaru, STI memulakan operasi dengan menala sedan Subaru Legacy. Kereta talaan pertama mereka merupakan Subaru Legacy berenjin turbo dengan kod nama Legacy RS Type RA. Dijual sebanyak 100 unit terhad berwarna putih seramik (Ceramic White), Type RA mampu menghamburkan 220 kuasa kuda, satu angka yang agak menakjubkan ketika tahun 1989.

 

pic 1

 

Pada bulan Januari 1989, tiga buah Legacy turbo talaan STI telah memecahkan rekod FIA sebagai kereta terpantas pada World Speed Endurance dengan kelajuan purata 138.78 mph (223km/jam!) di Arizona. Ujian ketahanan itu merangkumi jarak sejauh hampir 100,000 km dengan masa diambil selama 20 hari berturut-turut.

 

pic 2

 

STI mengukir nama di arena ralli menerusi kerjasama dengan syarikat Prodrive di UK. Mereka menubuhkan Subaru Rally Team Europe pada tahun 1990 dan kemudian mengubah nama menjadi Subaru World Rally Team pada 1993. Ramai di antara kita yang mengenali Collin McRae. Pemandu lagenda ini telah membantu menaikkan nama Subaru dan STI di dalam pelbagai acara rally sedunia dan turut dibantu pelumba lain seperti Richard Burns dan Petter Solberg bagi memenangi kejuaraan pada tahun 1995, 1996, 1997, 2001 dan 2003.

 

Penglibatan STI tidak terhad kepada dunia ralli semata-mata. STI juga terlibat di dalam perlumbaan Super GT di dalam kelas GT300 menggunakan jentera Legacy B4 GT300 (2009-2012) dan jentera BR-Z GT300 sejak tahun 2013. STI juga turut menguji jentera mereka di Perlumbaan 24 jam Nurgburgring yang turut dikenali dengan nama Neraka Hijau (Green Hell).

 

Pembaca boleh melihat sejarah penglibatan STI menerusi laman web

https://www.sti.jp/en/about/companyhistory.html

 

 

Sumber: Autoblog, DrivePerformance

 

Penulis: Muhamad Hanif

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…