Subaru Outback 2018 dilancarkan - teknologi EyeSight sebagai ciri standard, harga bermula RM246k

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd, pengedar kenderaan jenama Subaru di Malaysia telah memperkenalkan Subaru Outback serba baharu, hadir dengan pakej pengendalian yang responsif serta keselesaan ditambah dengan rupa luaran yang agresif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subaru Outback serba baharu ini turut hadir dengan rekaan bumper yang dikemaskini serta gril heksagon bagi memberikan imej yang lebih malar segar kepada SUV crossover ini.


Subaru Outback kini menampilkan teknologi 

  • EyeSight Driver Assist Technology, terdiri daripada gabungan peralatan keselamatan di dalam sebuah sistem sokongan pemanduan yang memberikan pemanduan yang lebih selamat
  • STABLEX-Ride System - memberikan kualiti pemanduan yang lebih stabil, mengurangkan gegaran pada casis
  • X-MODE - lebih kawalan kuasa daripada enjin kepada putaran roda mengikut keadaan ketika diperlukan
  • S-AWD - memberikan keupayaan kepada Outback menjelajah ke atas pelbagai rupa bentuk muka bumi. 
  • Steering Responsive Headlight - suluhan lampu mengikut arah stereng dipulas bagi memaksimumkan penglihatan pada waktu malam
  • Peralatan keselamatan lain seperti tujuh beg udara, Vehicle Dynamics Control, sistem pengesan titik buta, bantuan mula mendaki, dan Active Torque Vectoring

 


Sebagaimana kenderaan Subaru yang lain, Outback ini hadir dengan enjin bentangan Boxer 2.5 liter yang mampu menghasilkan sejumlah 173 kuasa kuda dan 236 Nm daya kilas sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada empat buah roda menerusi transmisi CVT Lineartronik dengan tujuh nisbah kelajuan. 

Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan iaitu Wilderness Green Metallic, Crimson Red Pearl dan Oak Brown Pearl

 


Harga jualan Subaru Outback 2.5 liter ini bermula dari RM246,188.40 di atas jalan tanpa insurans (harga termasuk 10% SST) dan didatangkan dengan jaminan lima tahun daripada pengeluar. 

Subaru kini sedang menayangkan crossover SUV Subaru Outback ini pada acara yang bertempat di Setia City Convention Centre bermula esok sehingga hari ahad. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perubahan kecil boleh dilihat menerusi rekaan muka depan di mana ia kini menampilkan penambahan…
Berita Global
Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sebanyak 314 unit…
Berita Global
Tidak lain dan tidak bukan, generasi baharu Subaru WRX STI. Menurut satu sumber yang rapat kepada…