Untuk meraikan pencapaian tersebut, Subaru Jepun telah pun melancarkan Impreza edisi khas yang digelar sebagai Black Accent.
Boleh didapati dalam kedua-dua bentuk badan sedan dan hatchback, Impreza Black Accent ini hanya ditawarkan dengan enjin flat-four 1.6 liter aspirasi natural yang mampu menghasilkan 113 hp dan 148 Nm.
Kuasa itu tadi disalurkan kepada roda depan atau pacuan semua roda menerusi transmisi Lineatronic CVT sahaja.
Versi ulang tahun yang ke-30 ini menampilkan trim hitam (bertepatan dengan nama Black Accent) yang boleh didapati pada gril, cermin sisi, spoiler belakang, antena sirip jerung, serta rim aluminium 17 inci dengan kemasan dark metallic.
Kemasan hitam yang serupa boleh didapati pada ruang kabin, disusuli dengan jahitan kontras perak, dan juga aksen piano black. Kelengkapan keselamatan EyeSight Safety Plus kini didatangkan dengan lebih ciri ADAS.
Subaru Impreza 1.6iS EyeSight Black Accent dijual pada harga bermula dari ¥2,189,000 (RM80,963) di Jepun.