Subaru kini kembali menghasilkan helikopter!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ramai pembaca yang mengetahui sejarah di sebalik pembabitan Subaru di dalam bidang aeroangkasa, termasuklah penulis sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, syarikat utama di sebalik jenama Subaru ini, Fuji Heavy Industries (FHI) sebenarnya telah lama berpengalaman terlibat di dalam industri ini, daripada menghasilkan komponen penting untuk Boeing 777 dan Boeing 787 sehinggalah menghasilkan komponen untuk pesawat ketenteraan.

 

Kini, bersempena Farnborough International Airshow, Subaru bekerjasama dengan pembuat helikopter, Bell Helicopter untuk menghasilkan versi termaju utility chopper 412.

Dinamakan sebagai Subaru Bell 412 EPX, helikopter ini merupakan versi komersil yang dibina berasaskan helikopter military UH-X bagi menggantikan helikopter pengangkut utiliti UH-1J yang digunakan oleh pasukan tentera darat Jepun (Japan Ground Self-Defense Force). 


Subaru Bell 412 EPX ini didatangkan dengan beberapa kemas kini daripada 412 EPI yang dijual oleh Bell sebelum ini, termasuklah gearbox rotor utama yang boleh beroperasi tanpa sebarang pelincir buat jangka masa yang agak lama. 

Berat dengan muatan pula telah ditingkatkan daripada 5,400 kg kepada 5,500 kg bagi memberikan keupayaan mengangkut lebih muatan serta meningkatkan margin untuk keselamatan ketika penerbangan. 

Tidak tertakluk kepada kegunaan militari semata-mata, Subaru dan Bell kini merancang untuk meluaskan lagi penawaran helikopter ini ke seluruh dunia menerusi rangkaian pengedar global Subaru. 

Mungkin kah suatu hari nanti Subaru Malaysia akan menawarkan pakej pembelian helikopter?
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…