Subaru Impreza WRX STI 2006 Ute untuk dijual - bidaan cecah RM51k

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda masih kecewa dengan harga jualan pasaran terpakai Proton Arena yang masih liat nak turun, usah risau. Terdapat alternatif yang jauh lebih baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laman web Cars & Bids menyenaraikan sebuah Subaru Impreza WRX STI tahun 2006 untuk dijual dengan nilai bidaan tertinggi mencecah $11,000 (RM51,494).
 

Ute


Dan seperti yang anda lihat, ia bukan lagi sebuah sedan Subaru empat pintu, sebaliknya telah ditukarkan menjadi sebuah ute dua pintu dengan menggunakan kit yang diperoleh daripada Smyth Performance.

Ute Subaru Impreza ini menggunakan nadi flat-4 2.5 liter turbo dengan kuasa setinggi 300 hp dan 407 Nm yang dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan, namun didatangkan dengan modifikasi seperti talaan ECU Turbo Tek, kawalan boost COBB Tuning, penukar bermangkin aliran tinggi serta sistem ekzos keluli tahan karat.
 

Ute


Modifikasi tersebut mungkin sekali menaikkan angka kuasa kuda, namun tiada sebarang kertas dyno disertakan.

Keempat-empat sudut dipasangkan rim fifteen52 "Integrale" bersaiz 18 inci.
 

Ute


Walaupun jarak perbatuan yang dicatatkan oleh ute ini adalah sejauh 286,946 km (178,300 batu), Subaru ini telah pun menjalani proses penjagaan dengan baik, di mana komponen seperti palam pencucuh, gegelung pembakaran, penapis udara telah digantikan baharu.

Sumber: Cars & Bids

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Seingat penulis, ini merupakan kali pertama HotWheels menghasilkan sebuah model skala sebuah…